PASIR PUTEH - Corak ukiran pada hulu dan sarung golok selalunya memberikan gambaran mengenai pendirian atau pemikiran pemiliknya.
Pengukir dari Kampung Gong Tengah, Hassan Jali, 75, berkata, peribadi pemilik boleh dikenali dengan melihat ukiran pada barangan yang menjadi koleksi kesayangan termasuk hulu dan sarung golok. Katanya, pengalaman lebih 45 tahun dalam seni ukiran membolehkannya mengetahui serba sedikit latar belakang pemilik atau bakal pemiliknya. “Mereka yang meminati ukiran halus selalunya teliti dalam apa sahaja urusan tapi tidak kedekut, manakala mereka yang meminati ukiran ringkas biasanya seorang yang bersahaja dalam apa sahaja perkara serta berfikiran terbuka untuk menerima apa sahaja keputusan,” katanya. Bagaimanapun katanya, ada sesetengah daripada mereka menyimpannya tanpa mengambil kira corak ukiran sama ada halus atau kasar. Walaupun usia makin meningkat dengan tahap penglihatan semakin rendah, Hassan tetap berikan tumpuan kepada kerja seni kerana hanya itulah minatnya pada masa lapang sejak dahulu lagi. “Jika mata sudah terlalu ‘penat’, saya akan berehat sejenak dan menyambung semula sehingga ia dapat disiapkan dengan baik, memuaskan hati diri sendiri dan orang yang menempahnya. "Ada yang saya buat mengikut kehendak pelanggan dan ada pula yang saya buat dengan selera sendiri, yang kemudiannya dibeli mereka yang berminat dengannya," katanya. Hassan turut menyimpan beberapa golok dan tongkat ukiran sendiri yang tidak dijual walaupun ditawarkan dengan harga tinggi. Menurutnya, tongkat berukiran turut mempunyai kelompok peminatnya sendiri dan sehingga kini katanya, sudah beratus tongkat dijual kepada orang ramai. Katanya, harga biasanya bergantung kepada kehalusan ukiran, selain jenis kayu yang digunakan dan dia mendapati orang ramai tidak kisah berhabis wang asalkan mendapat apa yang diidamkan. “Ada ketikanya harga seperti tidak masuk akal tapi mereka yang tahu menilainya tidak banyak cakap dan membayarnya tanpa ragu-ragu atau tawar-menawar,” katanya.
|
8
Bagus |
12
Marah |
11
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT