CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tongkat Digunakan Untuk Memukul Isteri

8-1-2014 03:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3211| Komen: 14

Gambar hiasan


KUANTAN - Seorang penghidap angin ahmar dibebaskan dengan jaminan bon berkelakuan baik selama dua tahun tanpa cagaran dan penjamin selepas mengaku bersalah atas tuduhan memukul isteri menggunakan tongkat dalam satu kejadian di sini kira-kira tiga tahun lalu.

Tertuduh, Zakaria Talib Muda, 49 dari Kampung Seri Damai dekat sini yang kini berkerusi roda membuat pengakuan bersalahnya di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali.

Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari, tertuduh yang diserang angin ahmar sejak 2007 didakwa memukul isterinya berusia 41 tahun ketika itu menggunakan sebatang tongkat gara-gara pertengkaran akibat masalah rumah tangga.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di rumah mereka di Kampung Seri Damai itu, isterinya membuat laporan polis.

Dalam rayuannya, tertuduh yang kini tidak bekerja merayu agar hukuman diringankan memandangkan kejadian sudah lama berlaku.

Menurutnya, dia kini ditanggung isteri dan anak-anak memandangkan dia tidak mampu bergerak kecuali dengan menggunakan kerusi roda.

Perbuatan tertuduh itu ditegur Noor Zaihan kerana baginya, sebagai suami dia  tidak sepatutnya bertindak sedemikian terhadap isteri atas apa alasan sekalipun.

“Ketika itu kamu sudah tidak sihat tapi boleh lagi bersikap demikian sehingga mendatangkan kecederaan kepada pengadu.

“Saya harap perkara ini tidak berulang dan kamu perlu lebih bersabar dan kawal emosi,” katanya.

Mengambil kira faktor pengakuan dan tahap kesihatan tertuduh yang uzur, mahkamah mempertimbangkan hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun sebelum tertuduh dilepas dan dibebaskan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Missanctum 8-1-2014 10:38 AM
angin ahmar tu mcm mana? ade sape blh tlg explain kat i? hehehe
Quote solstice 8-1-2014 10:38 AM
Missanctum posted on 8-1-2014 10:38 AM
angin ahmar tu mcm mana? ade sape blh tlg explain kat i? hehehe

Stroke lah uolsss
Quote Missanctum 8-1-2014 10:39 AM
i ingat angin ahmar yg serang adi putra dekat last episode tentang dhia lakonan nora danish je
Quote solstice 8-1-2014 10:39 AM
Ntah2 nama samaran dia pon tongkat warrant
Suka nau ngan tongkat
Quote Missanctum 8-1-2014 10:44 AM
solstice posted on 8-1-2014 10:38 AM
Stroke lah uolsss

stroke ke, iols ingt sawan atau sekeketurnan dgnnya mcmtu, hehehe.
Quote vv2005 8-1-2014 10:47 AM
sakit2 pun..masih nak pukul isteri..
Quote kudajantan77 8-1-2014 10:52 AM
pompuan zaman sekarang perangai agak puaka kerana kurang didikan agama ... harap para suami dapat kekalkan kesabaran ...
Quote kikuri 8-1-2014 11:15 AM
last-last bini yang dipukul jugak dok tanggung ko...
Quote BurningTimes 8-1-2014 11:15 AM
moga moga lelaki ini kena stroke seluruh badan terus, biarkan beliau rasa seperti mayat hidup hingga menanah badan akibat duduk atas tilam lama sangat tanpa ubah posisi,

selayak nya ah apa nak heran.
Quote Kassim_Patalon 8-1-2014 11:16 AM
tongkatwarant ada urang kutuk kau
Quote AisyDani13 9-1-2014 10:01 AM
kesian..........
Quote lady_rara 9-1-2014 10:07 AM
larat lagi angkat tongkat pukul isteri eh..
Quote annehuda 9-1-2014 10:08 AM
bini yg dipukul tu lah yg menanggung laki dayus tu akhirnye.

kt thread lain ade kasi komen kalau bini taknak wat sarapan pagi jawabnye tambah lg satu jelah. and ypu ask why malaysian women are so against polygamy....
Quote missus_meow 9-1-2014 10:17 AM
skarang dok dendiam ... dah x leh gerak mane2 ye ...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.066857 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top