Pasir Gudang: “Sebagai ibu, saya mahu membelai Nurimanina seperti bayi biasa, tapi malang kepalanya sensitif kerana otaknya berada di luar tempurung malah ia semakin membesar sehingga mencecah 1.5 kilogram. “Kami difahamkan kandungan air di otaknya semakin meningkat menyebabkan dia kini mengalami masalah saraf hingga kedua-dua biji matanya tertarik ke belakang (berhampiran otak) dan bukannya di kelopak mata,” kata seorang ibu, Hamira Samsudin, 26, semalam. Hamira dari Taman Mawar di sini, berkata anak bongsu daripada dua beradik itu Nurimanina Jepri kini berusia lima bulan dilahirkan dengan otak di luar tempurung kepala, tanpa lubang dubur, tiada biji mata dan kekurangan satu injap jantung. Menurutnya, keadaan itu mengakibatkan Nurimanina mengalami pelbagai penderitaan dan kerap menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini. “Ketika mengandung, doktor yang melakukan imbasan memaklumkan berkaitan kecacatan Nurimanina kepada kami iaitu keadaan otaknya di luar tempurung kepala dan masalah jantung.
|
HannahMontana posted on 7-1-2014 08:18 AM
Apa2pun anak yg lahir dia ada "kenan" drp aksi persetubuhan mak bapanya
anak yg suka teleng ke ...
Mengambil sempena perbuatan inilah maka muncul istilah Tatayyur atau Tiyarah. Islam melarang keras tatayyur / tiyarah. Rasulullah s.a.w. bersabda :
اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ
Ertinya : Tiyarah itu syirik , tiyarah itu syirik ( HR Abu Daud dan Tarmidzi - Menurut Tarmidzi : Sahih )
Tiyarah atau Tatayyur atau ‘sial menyial' dalam akidah bukan hanya terbatas pada rasa sedih atau pessimis ( اَلتَّشَاؤُمُ ) terhadap burung tetapi juga berkaitan dengan nama-nama tertentu, ucapan-ucapan tertentu, tempat-tempat tertentu, orang-orang tertentu dan sebagainya.
Jadi jika ada perasaan murung mengenang nasib malang (musibah) yang akan menimpa (bad luck - unlucky) yang dikaitkan dengan hari, bulan, angka, ucapan, orang tertentu dan lain-lain seperti keyakinan kenan, kesialan angka 13, bulan-bulan tertentu tidak elok mengadakan walimah, membina rumah, maka contoh-contoh itu boleh dimasukkan ke dalam tiyarah.
Tiyarah dihukumkan syirik kerana mengaitkan musibah yang menimpa kepada selain Allah dan meyakini musibah berpunca dari makhluk yang tidak sedikitpun memiliki kuasa mendatangkan manfa'at atau mudharat. Sebenarnya tiyarah berpunca daripada was-was syaitan yang menimbulkan perasaan takut. Jika hal ini terjadi maka ia dapat merosakkan tawakkal seseorang kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.
HannahMontana posted on 7-1-2014 08:18 AM
Apa2pun anak yg lahir dia ada "kenan" drp aksi persetubuhan mak bapanya
anak yg suka teleng ke ...
najib888 posted on 7-1-2014 08:29 AM
Ntah ape2 kau ni merepek..
Ni kau rujuk kitab mana? Jurnal perubatan mana?
BumpIQ posted on 7-1-2014 08:32 AM
kitab sesat melayu kuno la tu...
kategori2 tajjul muluk..
die mana kisah die merepek.. orn ...
najib888 posted on 7-1-2014 08:34 AM
Oooo itu mcm ka? Kitab kuning lapok tu ye..
Pengaruh Ibnu Yusop rupanya..
HannahMontana posted on 7-1-2014 08:18 AM
Apa2pun anak yg lahir dia ada "kenan" drp aksi persetubuhan mak bapanya
anak yg suka teleng ke ...
najib888 posted on 7-1-2014 08:29 AM
Ntah ape2 kau ni merepek..
Ni kau rujuk kitab mana? Jurnal perubatan mana?
mbhcsf posted on 7-1-2014 08:38 AM
rasanya explanation anda tak menerangkan org yg mendapat down syndrome, alport syndrome wardenburg ...
ADVERTISEMENT