KUALA NERUS – Ibu bapa terpaksa memperuntukkan antara RM4 dan RM5 sehari sebagai wang saku anak yang bersekolah di sekolah rendah kerana harga makanan di kantin sekolah agak mahal berikutan kenaikan harga barang. Sinar Harian difahamkan harga sepinggan nasi yang mengandungi seketul ayam dijual antara RM1.50 dan RM2, manakala mi goreng RM1 hingga RM1.50. Bagi minuman pula, segelas air sirap atau oren berharga 50 sen manakal minuman panas seperti milo dijual pada harga RM1.50 segelas. Turut berkongsi pengalaman sama, Hishamuddin Salleh berkata, berikutan harga makanan yang agak mahal dia juga terpaksa memperuntukkan RM4 hingga RM5 untuk anaknya yang bersekolah rendah. Tahun lepas saya bagi wang saku sebanyak RM3 sahaja tetapi apabila tahu harga sepinggan nasi dan lauk dijual pada RM2, saya tambah wang belanja anak,” katanya. Bagaimanapun, kata Hishamuddin, dia dimaklumkan anaknya bahawa harga sepinggan nasi memang RM2 sejak tahun lepas. Namun, dia tetap menambah wang belanja anaknya memandangkan ada kala dia dan isteri lambat menjemput anaknya dari sekolah. “Isteri saya juga bekerja dan dia memang tak sempat menyediakan bekal kepada anak kami,” katanya. Katanya, pihak yang berkenaan perlu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi harga makanan yang agak mahal di kantin sekolah. “Jika sekarang harga yang dijual sudah mencapai tahap agak mahal, kita bimbang pada masa akan datang kenaikan berlaku tidak dapat dibendung lagi. “Tambahan pula kini, harga pelbagai barangan meningkat dan ini akan mempengaruhi harga makanan yang dijual,” katanya. Kata Hishamuddin, ibu bapa yang mempunyai ramai anak tentunya akan berasa terbeban dengan keadaan ini.
|
5
Bagus |
6
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tinker_bell posted on 7-1-2014 09:29 AM
ioll drjah satu dlu lebih 20 tahun dlu pon bawak rm5 ke sekolah..time sekolah mnengah rendah rm20 se ...
tinker_bell posted on 7-1-2014 09:37 AM
siapa hisap dadah?
jelous ke??time form 4 masuk asrama lagi best..siap dpt ribu riban duit bela ...
HannahMontana posted on 7-1-2014 09:40 AM
hanay penipu yg bercerita tentang duit berkepuk2...
yg kaya metsi diam2 ...
brown_pupil posted on 7-1-2014 09:28 AM
pasni ni silalah rajin2 bekalkan anak2 dengan bekalan makanan dari umah... lagi murah, lagi sedap da ...
tinker_bell posted on 7-1-2014 09:37 AM
siapa hisap dadah?
jelous ke??time form 4 masuk asrama lagi best..siap dpt ribu riban duit bela ...
HannahMontana posted on 7-1-2014 09:40 AM
hanay penipu yg bercerita tentang duit berkepuk2...
yg kaya metsi diam2 ...
ADVERTISEMENT