Sistem Penanaman Padi Cara Tradisional Di Kedah Sistem Penanaman Padi Sistem penanaman padi cara tradisional di Negeri Kedah dapat di kelaskan kepada dua musim iaitu: Musim Bersawah Musim Menuai Musim Bersawah Masyarakat petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan. Ketika ini mereka akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan dengan persawahan dan juga memastikan petak-petak sawah mereka di takungi air hujan secukupnya. Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisional seperti tenggala, penyisir (sisir), cangkul, tajak, tenggiling dan lain-lain digunakan. Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk membersihkan rumput pada batas-batas petak sawah dan juga di tapak semaian. Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menarik kapar di dalam petak sawah ke tepi dan juga untuk menarik badai batang pasang semasa penyediaan tapak semaian. Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan selepas kerja-kerja menggala (bajak) sawah bertujuan untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya dari rumput rampai. Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menggala (bajak) sawah dengan ditarik oleh seekor kerbau. 1. Penyediaan Tapak (Petak) Semaian Setelah siap segala peralatan yang diperlukan, para petani akan turun beramai-ramai ke sawah masing-masing untuk memulakan kerja-kerja seperti menggala (membajak) dan membersih petak-petak sawah untuk dijadikan tapak semaian. Tapak semaian merupakan tempat menyemai benih-benih padi untuk dijadikan semai (anak padi sebelum dipindah/ditanam di dalam petak-petak sawah yang disediakan). Penyediaan tapak sawah memerlukan penelitian yang rapi. Tanahnya mestilah betul-betul lembut dan bersih daripada sebarang jenis tumbuhan air di dalamnya. Bagi merata dan melincinkan permukaaan tanahnya, sejenis alat yang di namakan "Pembadai" digunakan. Pembadai ini kebiasaannya ialah sebatang pokok pisang yang dipotong mengikut keperluan dan dibuang kulitnya dan kemudian ditarik dengan penyisir kecil (sisir kapar). Keadaan tanah yang lembut akan memudahkan kerja-kerja mencabut semai. Keri, Tajak dan Sisir Kapar Keri dan Tajak digunakan untuk menajak tanah supaya batas sawah menjadi rata. Manakala sisir kapar digunakan untuk mencakar tanah supaya menjadi lebih rata. Tenggala Untuk membajak sawah Diperbuat daripada kayu halban jenis keras. Alat ini terbahagi kepada dua iaitu Tenggala Perlis dan Tenggala Cina. Tenggala-tenggala ini ditarik oleh seekor kerbau dan ada yang ditarik oleh dua ekor kerbau atau lembu. 2. Penyediaan Benih Padi Benih padi yang terpilih akan diisi ke dalam guni (karung), kemudian direndam ke dalam air selama 3 hari 3 malam. Selepas direndam, benih padi tersebut diangkat dan disejat ke dalam bakul yang jarang disebut sebagai "bakul lau", kemudian ditutup dengan guni dan dibiarkan selama 3 hari 3 malam untuk proses percambahan mata tunas dan akar. Setelah benih tersebut bercambah, ianya terus ditaburkan ke dalam petak-petak semaian yang disediakan dan dibiarkan tumbuh menjadi semai (anak padi) selama jangka masanya 30 hingga 44 hari untuk tempoh cukup matangnya. Kebiasaannya 44 hari. Penyediaan Petak Semaian (Bekas Semai) Kerja-kerja penyediaan petak semaian (bekas semai) sedang dijalankan.Petak semai merupakan tempat pembiakan benih padi untuk dijadikan semai (anak padi) sebelum dipindahkan ke petak sawah yang disediakan. Sabit Untuk memotong rumput-rumput yang tumbuh di atas batas sawah. Sabit ini diperbuat daripada besi. Penimba Air Diperbuat daripada tong minyak dan berhulukan kayu panjang serta berkaki tiga. Ia akan digunakan untuk menimba air masuk ke dalam petak semaian. Bakul Mengkuang Digunakan untuk membawa biji benih padi ke tapak semaian semasa hendak menabur. Ia diperbuat daripada mengkuang yang dianyam rapi. Bagi peladang-peladang, bekas-bekas lain seperti tin tidak boleh digunakan untuk mengisi benih oleh kerana dipercayai boleh menghilangkan semangat padi. 3. Mengerjakan Sawah Sementara menantikan anak padi (semai) cukup tempoh matang, petani-petani akan terus menjalankan kerja-kerja membajak dan membersihkan petak-petak sawah. Kerja-kerja yang seringkali dilakukan oleh mereka ialah: Menggala (Membajak Sawah) Kerja-kerja mengggala (bajak) sawah sedang dilakukan oleh seorang petani dengan menggunakan tenggala yang ditarik oleh seekor kerbau. Kerbau Boleh dianggap sebagai jentera dalam proses membajak sawah. Ia akan bertindak sebagai penarik tenggala. Sisir Besi Peranan dan fungsinya seperti sisir kayu iaitu untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai. Sisir Kapar Untuk menarik kapar di dalam petak sawah. Kebiasaannya, peralatan ini digunakan untuk menarik kapar di tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh kerbau. Tempat-tempat tersebut ialah kawasan dalam dan penjuru petak sawah. Sisir kapar lebih kecil daripada sisir besar. Selain membuang kapar ia juga dapat meratakan tanah sawah. 1. Menggala (Membajak) Sawah Peralatan persawahan tradisional yang digunakan ialah tenggala. Biasanya tenggala ini dibuat daripada kayu-kayu terpilih yang senang dibentuk iaitu lazimnya kayu halban. Dalam menjalankan kerja-kerja ini selalunya tenaga kerbau digunakan tetapi ada ketikanya tenaga lembu digunakan. Biasanya kerja-kerja yang dijalankan dengan kuasa lembu memerlukan 2 ekor lembu kerana tenaga lembu tidak sekuat tenaga kerbau. Fungsi alat tenggala ini ialah untuk membalik-balikkan tanah sawah. 2. Menyisir (Sisir) Setelah selesai kerja-kerja menggala (membajak), ketulan-ketulan tanah semasa menggala akan dibiarkan selama beberapa hari berendam air, bertujuan untuk melembutkannya. Untuk menghalus, merata dan memecahkan ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai, sejenis alat persawahan tradisional yang disebut sebagai penyisir atau sisir digunakan. Ada tiga jenis penyisir iaitu: Penyisir Kayu Penyisir ini dibuat daripada kayu cengal, halban atau kayu beruas dan mata atau giginya dibuat daripada batang pokok pinang atau pokok nibong yang diraut halus. Penyisir Besi Penyisir ini berbentuk serupa dengan penyisir kayu. Ianya diperbuat daripada besi semuanya kecuali pemegangnya sahaja dibuat daripada kayu. Penyisir Kapar / Sisir Kapar Penyisir ini berbentuk T. Ianya dibuat daripada kayu dan matanya daripada batang nibong atau pinang.
|
the_killer posted on 7-1-2014 10:26 AM
cer cerita asal usul padi...
ada yang mengatakan ia dtg dari semenanjung
the_killer posted on 7-1-2014 10:26 AM
cer cerita asal usul padi...
ada yang mengatakan ia dtg dari semenanjung
ADVERTISEMENT