Gambar hiasan
Kajang: Biarpun menjadi mangsa rogol datuk tirinya sejak empat tahun lalu, seorang remaja perempuan yatim piatu berusia 15 tahun masih terus merahsiakan perbuatan keji itu semata-mata kerana bimbang dua adik lelakinya berusia tujuh dan 10 tahun dihalau dari rumah.
Difahamkan, mangsa diugut akan dihalau dari rumah mereka di Sungai Chua di sini, bersama dua adiknya jika mendedahkan perbuatan lelaki berusia 68 tahun itu kepada orang ramai. Penderitaan remaja terbabit bagaimanapun terbongkar kira-kira jam 9 pagi semalam apabila ahli keluarga sebelah ibu menemui remaja malang itu dalam keadaan kusut masai dipercayai baru lepas dirogol lelaki durjana itu sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kira-kira lima tahun lalu, remaja malang itu kematian bapa kandung selepas terbabit dalam kemalangan sebelum setahun kemudian, ibu mereka berkahwin dengan seorang lelaki lain dan mereka kemudian tinggal bersama keluarga lelaki berkenaan di Sungai Chua,” katanya. Beliau berkata, selain ibu dan bapa tirinya, turut tinggal di rumah berkenaan adalah ibu dan bapa kepada bapa tiri mangsa yang juga suspek kes berkenaan. “Selepas beberapa bulan tinggal di rumah berkenaan, mangsa mendakwa mula diperkosa suspek ketika tiada orang di rumah dan mangsa dipaksa merahsiakan kejadian itu selepas diugut dihalau dari rumah berkenaan jika memaklumkan kejadian itu kepada orang lain termasuk ibu kandung mangsa sendiri. “Ibu kandung mangsa berusia lewat 30-an kemudian meninggal dunia tanpa mengetahui anaknya menjadi mangsa perlakuan keji datuk tirinya,” katanya. Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati remaja terbabit dilaporkan dirogol kali terakhir oleh suspek kira-kira jam 8.30 pagi semalam. “Selepas diperkosa, mangsa dikatakan ditinggalkan sendirian di rumah sebelum jam 9 pagi, mangsa dikunjungi ahli keluarga sebelah ibunya yang datang untuk melawat dan terkejut apabila mendapati mangsa berada dalam keadaan kusut-masai. Selepas didesak, mangsa akhirnya mendakwa dirogol datuk tirinya,” katanya.
|
solstice posted on 4-1-2014 11:26 AM
So... apa hukuman datuk tiri tu?
Makan tido free dlm jel 10 tahun?
Sebat x de lah kut sbb dah tua
ADVERTISEMENT