Sudah pasti pelbagai rasa menyelebungi benak sanubari, ada suka, gementar dan mungkin juga sebak melihat anak kecil yang sudah menginjak dewasa. Perkara sama tidak terkecuali kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menghantar anak sulungnya ke sekolah pagi tadi. Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ berkongsi pengalamannya sebagai seorang ayah yang menghantar anak kesayangannya pada hari pertama persekolahan, Selamat tahun baru kepada semua kenalan media sosial! “Pagi tadi saya telah hantar anak sulung saya, Jibreil Ali atau "Cougar" ke sekolah untuk hari pertama beliau. Pasti ramai ibu bapa yang melalui pengalaman yang sama. “Saya rasa, saya lebih sedih dan 'nervous' daripada Jibreil,” tulisnya yang dipetik menerusi laman Facebooknya. KJ turut menasihatkan anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh serta mencari ramai kenalan ketika di sekolah. “Study hard and make friends, son!,” tulisnya. Anak sulung KJ, Jibreil Ali memulakan persekolahan hari ini di Sekolah kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (Dua) Kuala Lumpur.
|
highcastle posted on 2-1-2014 04:37 PM
Jadi selama ini anak2 menteri BN yg lain hantar anak dia org di sekolah mana yek??
kecimpret posted on 2-1-2014 04:33 PM
sekolah rendah bole laaa..tgk masuk menengah dgn uni nnt..x main laaa sekolah biasa or uni lokal
saladin780 posted on 2-1-2014 04:43 PM
x jugak..anak shapie apdal aman2 aje belajar kat uitm
ADVERTISEMENT