Kuala Terengganu: Selepas digelar ‘Robin Hood’ kerana menahan lori roti sebelum diagihkan kepada mangsa banjir bulan lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, sekali lagi menarik perhatian apabila membantu mangsa kemalangan jalan raya, petang semalam. Dalam kesibukan bergegas ke beberapa lokasi bagi menghadiri program bersama masyarakat di Kijal, Ahmad sempat membantu mangsa kemalangan dua kenderaan di Seri Bandi, Kemaman, semalam. Arah pemandu berhenti Beliau yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian selepas menghadiri program penyampaian bantuan dana bakti remaja di Dewan Seri Bandi, Kijal, Kemaman jam 3.45 petang, mengarahkan pemandunya berhenti sebaik melihat kemalangan itu. Kemalangan itu membabitkan sebuah PROTON Perdana dengan PERODUA Viva yang menyebabkan pemandu dan penumpang dua kenderaan itu cedera, termasuk seorang tersepit dalam remukan PROTON Perdana. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Rosli Zakaria, berkata kemalangan itu membabitkan tujuh mangsa, termasuk seorang mangsa wanita yang parah dalam PERODUA Viva. “Ketika Ahmad singgah di lokasi, mangsa yang cedera belum dihantar ke hospital kerana menunggu ketibaan ambulans. “Menyedari keadaan itu, beliau membenarkan keretanya diguna bagi menghantar mangsa ke Hospital Kemaman. Malah, beliau turut menahan beberapa kereta yang lalu di situ untuk menghantar semua mangsa yang cedera ke hospital untuk rawatan segera,” katanya. Bantu mangsa tersepit Rosli berkata, Ahmad turut cuba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta, tetapi mangsa tidak dapat dikeluarkan berikutan keadaannya yang tersepit agak parah. “Namun, beliau tetap berada di situ sambil tidak putus-putus memberi semangat kepada mangsa untuk bertahan sehingga dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat yang dikejarkan ke lokasi. “Selepas semua selesai, baru Ahmad bergegas ke majlis bersama masyarakat di Dewan Sivik Kijal dengan menumpang sebuah kenderaan lain yang menuju ke program sama,” katanya. Bulan lalu, Ahmad digelar ‘Robin Hood’ oleh blogger pembangkang, berikutan tindakannya menahan lori muatan roti sebelum bahan makanan itu diagihkan kepada mangsa banjir di Chendor, Pahang.
|
akughi posted on 3-1-2014 09:54 AM
aku tgh tggu geng2 pas memaki hamun MB terengganu
poyohabis posted on 3-1-2014 09:56 AM
Aku cuma nak ckp ' terengganu darul eksiden' tiap2 ari ada je citer psl eksiden kat sana... Krjn s ...
dahliateck posted on 3-1-2014 12:02 PM
bagus jugak dia ni, siap guna keta dia hantar ke hosp lagi, tahankan kereta tuk hantar mangsa ke ho ...
ADVERTISEMENT