CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batu Nisan Aneh

3-1-2014 10:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6345| Komen: 19


Gua Musang - Mungkin ramai tidak percaya kejadian aneh enam batu nisan di perkuburan lama di Bertam, Gua Musang, Kelantan, hidup dan semakin tinggi sehingga mencapai ketinggian seorang dewasa.Perkuburan lama dipercayai berusia lebih 150 tahun di Kampung Lintang itu ditemui penduduk lebih 30 tahun lalu.

Menurut cerita, tiga orang yang meninggal dunia dikebumikan di kubur berkenaan dengan batu nisannya daripada serpihan batu gua.

Bagaimanapun, enam daripada puluhan batu nisan di situ dipercayai hidup dan menjadi semakin ting-gi, sedangkan batu nisan lain dalam keadaan biasa saja.

Kampung Lintang dibuka hampir 200 tahun lalu oleh penduduk yang bekerja sebagai penanam padi dan pekebun buah-buahan.

Selepas itu, kebanyakan mereka berhijrah ke kawasan lain untuk menikmati kemajuan terutama perhubungan jalan raya, tetapi pada tahun 60-an dibuka semula oleh generasi baru sebelum menemui kubur lama itu.

Hanya enam penduduk yang membuka semula penempatan baru di kampung berkenaan dan menemui kubur lama yang mempunyai batu nisan aneh itu.

Namun, sesetengahnya berpindah pula ke Kampung Kuala Sungai di seberang sungai berkenaan kerana dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk sekolah, bekalan air paip dan elektrik.

Kampung lama itu ditinggalkan dan terbiar begitu saja dengan beberapa rumah usang yang menung-gu masa menyembah bumi. Sejarah yang tinggal hanya kubur lama berkenaan sebagai bukti mereka orang terawal tinggal di situ.

Perjalanan ke kubur lama di kampung itu ha-nya menerusi bot sungai dari Pekan Bertam Baru dengan mengambil masa hampir 50 minit menyusuri Sungai Galas.

Di kawasan itu juga -terdapat sebuah kampung terpencil yang ha-nya -mempunyai sebuah rumah didiami sepasang suami isteri.

Seorang penduduk, Nik Lah Nik Yaacob, 80, berkata, dia tinggal di kampung itu bersama lima rakannya sejak 1963.

Menurutnya, pada waktu itu dia menaiki bot dari Kuala Krai ke kawasan berkenaan untuk membuka tanah.

“Ketika mula menjejakkan kaki ke kampung berkenaan, pak cik dan yang lain menemui kubur lama itu termasuk batu nisan hidup semakin meninggi serta dikelilingi hutan.

“Melihat keadaan itu, penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan kubur dan sekitarnya, namun ia terbiar semula kerana sudah tidak ada lagi penduduk. Cuma pak cik bersama isteri masih kekal tinggal walaupun keadaan begitu sunyi di sini,” katanya.

Dia belum bercadang untuk berpindah ke kampung lain berhampiran kerana lebih selesa tinggal di situ, malah cintanya kepada kawasan berkenaan sehingga tidak mahu meninggalkan tanaman yang sekian lama diusahakannya.

“Ramai orang luar datang ke sini mahu melihat batu nisan itu akan menemui pak cik kerana pak cik orang yang paling lama tinggal di kampung ini tetapi sejarah sebenar kubur itu tidak diketahui sepenuhnya.

“Jika difikirkan, adalah tidak munasabah sekira-nya orang dulu sanggup memikul sebuah batu sepanjang lebih dua meter dan dijadikan batu nisan untuk orang meninggal dunia. Tentu mereka hanya memacakkan batu bersaiz kecil saja,” katanya.

Nik Lah berkata, bukan sedikit orang meninggal dunia dikebumikan di tanah kubur berkenaan, malah boleh jadi ratusan orang berdasarkan banyak pokok yang sudah di tanam bersama batu nisan itu.

Dia juga tidak mengetahui nama si mati dan tarikh sebenar kematian mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan itu tetapi penemuan enam batu nisan bersaiz ganjil dianggap luar biasa berbanding batu nisan lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Lulut, Kuala Sungai, Yasok Che Kar mengakui pernah tinggal di Kampung Lintang.

Menurutnya, penduduk yang pernah tinggal di situ berasa agak terkejut dengan penemuan batu nesan kubur lama itu, namun keadaannya yang semakin mening-gi tidak dapat dipastikan puncanya.

“Keganjilan itu membuat-kan kampung berkenaan menjadi terkenal dan mula dilawati pihak luar.

“Bagaimanapun, keba-nyakan penduduk kampung berkenaan sudah berpindah ke Kampung Lulut kerana banyak kemudahan disediakan kerajaan berbanding Kampung Lintang yang tidak mempunyai jalan perhubu-ngan,” katanya.

4

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BurningTimes 3-1-2014 06:49 AM
stok2 golongan ummah melayu sunni wal jamaah felda pprt keris terbang tombak pelbagai lah ini, cuba korek sahaja batu itu entah2 memang panjang dik, suruh check tidak mahu, ujung2 terpercaya berita ummah fasik.

Kampung lama itu ditinggalkan dan terbiar begitu saja dengan beberapa rumah usang yang menung­gu masa menyembah bumi.
ikut sahajalah menyembah bumi bersama rumah itu, dah alang alang percaya sangat benda mistik kan.
Quote tongkatwaran75 3-1-2014 07:08 AM
Quote tobby 3-1-2014 07:22 AM
kena kencing belaka.
Quote sekngucing 3-1-2014 07:35 AM
kena kencing dgn tongkatwarant belaka
Quote tongkatwaran75 3-1-2014 09:16 AM
aku ingat harga brg jer naik...
rupanye batu pun nak naik juga...
Quote twins 3-1-2014 09:25 AM
hmmm.... kot batu tu memang dah saiz mcm tu kot masa mula2 letak dulu....
Quote xlupadotcom 3-1-2014 09:43 AM
Pakcik yang kesunyian ini mula lega kerana dah ramai org melawat dia dikampung ni..
nanti malam2 pulak ada la yang menurung ngangkung kat batu tu pulak
Quote BurungBiru 3-1-2014 09:47 AM
batu idup biasa la kalau naik membesar..tak penah membaca agaknya org guwo muse ni
Quote miss_bear 3-1-2014 10:26 AM
batu hidup ni memang ada.. kat tengah2 bandar teluk intan tu, asalnya batu tu kecik je.. skang dah ebsar dah
Quote yenil95 3-1-2014 10:49 AM
kenapa aku terbayang batu nisan ini boleh berjalan2 masa tengok tajuk....
Quote clarizsa 3-1-2014 10:52 AM
oooo... x phm sgt n x caya sgt... tp oooooo... camtu rupanya... haha
Quote munchkin 4-1-2014 06:24 AM
aneh sangat...
Quote Muntz 4-1-2014 07:00 AM
Klau makin tinggi, buatlah ukuran tiap2 sela waktu. Jgn cakap main hembus jah.
Quote Kassim_Patalon 4-1-2014 07:03 AM
sudah boleh bertawaf sekelilingnya, kiblat boleh lah dihalakan ke situ
Quote batmana 4-1-2014 08:24 AM
benda ni sains ler.. kat negara omputih pun ada batu cmni..
http://www.hoaxorfact.com/Scienc ... facts-analysis.html
Quote H猷L鰃頧 4-1-2014 01:34 PM
batmana posted on 4-1-2014 08:24 AM
benda ni sains ler.. kat negara omputih pun ada batu cmni..
http://www.hoaxorfact.com/Science/the-l ...

hypotesis tu merujuk selama 6 juta tahun di zon lingkaran gempa,  artikel merujuk batu membesar dalam tempoh beberapa tahun dibukan zon lingkaran api pasifik,


Quote andygila 4-1-2014 01:44 PM
tongkatwaran75 posted on 3-1-2014 09:16 AM
aku ingat harga brg jer naik...
rupanye batu pun nak naik juga...

Dah mati pun ada yang sokong BN naik.
Quote abgboroi 4-1-2014 01:49 PM
BurningTimes posted on 3-1-2014 06:49 AM
stok2 golongan ummah melayu sunni wal jamaah felda pprt keris terbang tombak pelbagai lah ini, cuba  ...

ni sejenis batu..aku lupa nama dia...ada banyak didapati di beberapa tempat di msia ni...masa belajar dulu ada cerita ttg jenis2 batu ni...aku rasa kelas geografi ada ajar pasal batu ni...
Quote makadek 4-1-2014 01:54 PM
Soo bowringggsss next pleaseee

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.682359 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top