Sharnaaz Berani Kerana Benar Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
KALAU sudah cinta apa sahaja sanggup dilakukan. Itu yang didakwa berlaku kepada pelakon semakin meningkat naik Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 27, apabila dia dikhabarkan sanggup meninggalkan set penggambaran filem Darah Panas terbitan White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. pada 5 Oktober lalu semata-mata kerana ingin bertemu penyanyi bersuara hebat, Shila Amzah. Tidak cukup isu meninggalkan lokasi penggambaran kerana ingin bertemu kekasih hati, Sharnaaz juga dikhabarkan sudah mula membuat perangai pada hari pertama penggambaran filem arahan Arjin Uppal itu. Pelakon drama Bukan Bidadari itu juga didakwa menolak dan mencengkam leher penolong pengarah Darah Panas iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah menunggu lama mendapatkan pakaian penggambaran dan terpaksa menyudahkan penggambaran lewat, sedangkan dia harus bertemu Shila yang bakal ke China untuk menyertai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai sebelum ini. Akibat daripada perbuatan itu, penerbit Darah Panas, S. Baldev telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Sharnaaz dan meminta pelakon berasal dari Georgetown, Pulau Pinang itu memohon maaf secara terbuka dalam media. Menerusi syarikat guaman, Shook Lin & Bok, Advocates & Solicitors, surat saman sudah diserahkan kepada Sharnaaz kira-kira dua minggu lalu. Bagaimanapun, sehingga kini, dakwa Baldev yang popular menerusi filem-filem terbitannya seperti Akhirat, Kerat, Kecoh Betul, Rasuk dan Kerat 14 itu, dia belum menerima jawapan balas terhadap tuntutan daripada Sharnaaz.
Kosmo! segera menghubungi Sharnaaz, kelmarin untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku. Tidak mengelak tetapi Sharnaaz ternyata kurang senang untuk memberi sebarang komen lanjut berhubung perkara itu. Berjaya memujuk aktor yang pernah menafikan persoalan media mengenai tohmahan mengatakan dia seorang yang panas baran itu sebelum ini, Sharnaaz akhirnya sudi memberikan komen biarpun secara ringkas. Menurutnya, buat masa ini dia tidak menerima sebarang surat saman mahupun surat tuntutan daripada pihak Baldev biarpun ia dikhabarkan sudah dihantar kira-kira dua minggu lalu. “Saya tidak terima apa-apa surat saman daripada dia (Baldev),” tegas Sharnaaz. Ditanya adakah semua dakwaan Baldev terhadap dirinya itu benar belaka, luah Sharnaaz, ia adalah fitnah semata-mata. Tambahnya, jika apa yang didakwa Baldev itu benar, panggil sahaja semua kru produksi dan para pelakon untuk bercakap. Sharnaaz juga secara jujur tidak mahu memberi komen panjang berhubung perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Ungkapnya, dia tidak takut menerima surat saman daripada Baldev kerana dia yakin tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa. “Berani kerana benar. Saya tidak cakap bahawa saya 100 peratus betul tetapi dia (Baldev) juga tiada hak untuk bercakap buruk dan bercakap fitnah mengenai saya,” jelasnya. Ditanya sama ada dia ingin memohon maaf dalam media sepertimana yang diminta Baldev, tegas Sharnaaz: “Saya hanya memohon maaf kepada orang yang saya buat salah dengan dia sahaja.”
|
12
Bagus |
4
Marah |
7
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT