CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lembu Punya Pasal Jurutera Nyaris Maut

31-12-2013 06:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5668| Komen: 25

                                                                             
Keadaan kereta Wan Azinuddin yang remuk teruk selepas terbabas ketika cuba mengelak sekumpulan lembu yang melintas jalan di Kampung Nangka.                                                                                                                                   
KUALA BESUT - Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta Proton Wira yang dipandunya terbabas, sebelum merempuh papan tanda selepas cuba mengelak sekumpulan lembu di Kampung Nangka, di sini, minggu lalu.
       
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Wan Azinuddin Wan Ibrahim dari rumahnya di Kampung Bharu tidak jauh dari tempat kejadian menghala ke Kampung Raja.
       
Menurut Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Machang, Kelantan itu, dia cuba mengelak dari merempuh sekumpulan lembu yang tiba-tiba melintas jalan.
       
Ketika berselisih dengan sebuah kenderaan yang menghala ke Jertih, pandangan di hadapan saya kabur dan apabila melepasi kereta tersebut saya dapati beberapa ekor lembu berada di tengah jalan untuk melintas ke kiri jalan.
       
Saya tekan brek, tetapi kerana keadaan permukaan jalan basah akibat hujan renyai-renyai menyebabkan kereta saya hilang kawalan sebelum merempuh papan tanda konkrit dan terhumban ke parit sawah di tempat kejadian,” katanya.
       
Wan Azinuddin berkata, dia tersepit berikutan keretanya remuk dan terpaksa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat.
       
Bagaimanapun dia bersyukur kerana hanya cedera ringan di kepala, paha dan sakit dada walaupun keretanya remuk teruk sehingga tidak boleh digunakan lagi.
       
Sebelum kejadian saya memang sentiasa berhati-hati ketika melalui jalan itu kerana sering berlaku kemalangan di situ akibat merempuh atau cuba elak langgar lembu, tetapi pada malam kejadian nasib saya tidak baik,” katanya yang berulang alik dari Machang ke Kampung Bharu setiap hari.
       
Sehubungan itu dia meminta jasa baik pihak berkuasa mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah lembu berkeliaran kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya, selain memohon JKR memasang dua atau tiga lampu jalan di kawasan terbabit.
       
Sementara itu, Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Daerah Besut (MDB) dalam mencari jalan penyelesaian.
       
Katanya, masalah lembu berkeliaran berlaku di banyak kawasan dan mengakibatkan kemalangan jalan raya seperti di Kampung Beris Lampu, Lay Out Tok Saboh, Pachakan dan beberapa lokasi lain.
       
“MDB telah ambil beberapa tindakan untuk memupuk kesedaran penternak lembu seperti edar risalah ke masjid, penguatkuasaan dan usaha lain. Pihak Pejabat Penyelaras Dun juga akan turut sama mencari jalan menyelesaikan isu ini,” katanya yang turut melawat mangsa.
       
Berkenaan lampu jalan, Tengku Zaihan berkata, pihaknya sudah membuat permohonan kepada beberapa pihak termasuk JKR supaya memasang lampu jalan di kawasan terbabit untuk mengatasi masalah kemalangan membabitkan lembu berkeliaran dan kecurian kabel.

6

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomatome 31-12-2013 09:28 AM
lombu shahrizat terlepas
Quote jengkoil 31-12-2013 09:30 AM
Jurutera gomen-proton wira....zuhuuuudd
Quote indah30 31-12-2013 09:34 AM
nate betullah.
Quote amyainsamad 31-12-2013 09:49 AM
takziah ........
Quote crazecousa 31-12-2013 10:00 AM
amboi.. pe salahnye engineer pakai wira
Quote Knowlee 1-1-2014 08:35 PM
dia selisih dengan kereta lain, pandangan dia jadi kabur. kereta lagi satu tu pakai high beam light ni. another irresponsible driver.
Quote Knowlee 1-1-2014 08:35 PM
jengkoil: Jurutera gomen-proton wira....zuhuuuudd


what is wrong with your mind, dude?
Quote mak_wa95 1-1-2014 09:12 PM
jengkoil posted on 31-12-2013 09:30 AM
Jurutera gomen-proton wira....zuhuuuudd

patriotik kekdahnya...
Quote jengkoil 1-1-2014 09:16 PM
Knowlee posted on 1-1-2014 08:35 PM
what is wrong with your mind, dude?

Pekerjaan tuan jurutera? Tuan masih lagi guna wira? Tahniah!!
Quote otai_g 1-1-2014 09:17 PM
jengkoil posted on 31-12-2013 09:30 AM
Jurutera gomen-proton wira....zuhuuuudd

wira tu kereta utk lenjan gi balik keje...

kat umah ada honda toyota utk family car.

standard ar tu. aku rs ko tu yg zuhud sgt
Quote AHMADVW 1-1-2014 09:19 PM
no wonder touke nfc order mercedes cls
Quote Knowlee 1-1-2014 09:20 PM
jengkoil posted on 1-1-2014 09:16 PM
Pekerjaan tuan jurutera? Tuan masih lagi guna wira? Tahniah!!

seriously dude? what kind of mind do you have?
Quote jengkoil 1-1-2014 09:24 PM
otai_g posted on 1-1-2014 09:17 PM
wira tu kereta utk lenjan gi balik keje...

kat umah ada honda toyota utk family car.

Huhuhu...zuhud?

Wira aku 10 tahun gak berjasa..last skali compressor dah kong..aircond panas...anak berpeluh sampai nangis2.. it about time laa

time bujang bleh je bela wira ni..dah ada pameli..xnak seksa anak bini dalam oven bergerak tu..
Quote batmana 1-1-2014 09:25 PM
jengkoil posted on 31-12-2013 09:30 AM
Jurutera gomen-proton wira....zuhuuuudd

ade je jurutera yg aku kenal pkai kancil lagi.. tu nk ckp apa, zuhud x2 ka..?
Quote otai_g 1-1-2014 09:35 PM
jengkoil posted on 1-1-2014 09:24 PM
Huhuhu...zuhud?

Wira aku 10 tahun gak berjasa..last skali compressor dah kong..aircond panas... ...

bro wira lu je yg oven bergerak, wira org len ok je ekon sejuk kalah honda toyota. aku penah saksikan sendiri.

ko mmg kaya, compressor rosak je terus tukr kete baru.

aku aircond x sejuk, sanggup repair smpi abes 1.6k sbb x mampu nak tkr kete br mcm lu.

Quote jengkoil 1-1-2014 09:35 PM
batmana posted on 1-1-2014 09:25 PM
ade je jurutera yg aku kenal pkai kancil lagi.. tu nk ckp apa, zuhud x2 ka..?

Memang ada..kawan kawan aku especially cina...pakai wira, viva je...tapi saham kat nasdaq, bskl tu mencanak jual beli..
paling haru manager kat pat keja lama aku...pakai kancil buruk..time nak bawak kastemer gi lunch.. pinjam nissan sentra kawan aku..
Quote roblucci 1-1-2014 09:37 PM
Knowlee posted on 1-1-2014 08:35 PM
what is wrong with your mind, dude?

mungkin tu kereta lama dia yg baru standard BMW/merc simpan kat umah cuma bawak time cuti
Quote jengkoil 1-1-2014 09:38 PM
otai_g posted on 1-1-2014 09:35 PM
bro wira lu je yg oven bergerak, wira org len ok je ekon sejuk kalah honda toyota. aku penah saksi ...

Pomen cakap wira aku pakai compressor saga..aku saspek member aku pinjam keta pastu bawak gi bengkel tukar compressor...

teruk benar kena sampai 1.6k? kompressor ori ke? kalo rekon ori 7-8 ratus je kot...
Quote mikasa 1-1-2014 09:40 PM
Dia dah tau kawasan tu memang prone to accident, jd baik tak payah bawak keta mahal. Kalau nak turun site. Naik je kreta syarikat


Kalau engineer prebet lain citer  

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.102067 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top