Bagaimana Hong Leong Financial Group boleh menawarkan set produk konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan sedangkan mereka sendiri tidak menghormati Islam? Adakah Hong Leong Bank menggunakan produk kewangan Islam untuk memanipulasi orang-orang Islam agar menyimpan wang di bank mereka? Adakah Hong Leong Bank menggunakan deposit pelanggan Islam untuk menghina Islam dengan menafikan bonus kontrak untuk para pekerjanya yang beragama Islam, menjejaskan mata pencarian mereka dan menafikan hak mereka untuk melakukan solat? Bagaimana mereka boleh menawarkan produk perbankan Islam tetapi menghalang para pekerjanya yang beragama Islam untuk melaksanakan kewajipan agama? Mengapa Kerajaan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) membisu seribu bahasa darihal perkara ini? Adakah Kerajaan begitu takut dengan Hong Leong Bank? Siapa yang jadi Perdana Menteri sebenarnya? Dato' Sri Mohd Najib atau Pengerusi Hong Leong Bank, Tan Sri Quek Leng Chan?
|
ADVERTISEMENT