KAHERAH - Imej Universiti Al-Azhar, Mesir yang berusia lebih 1,000 tahun sebagai gedung keilmuan Islam terulung dunia tercemar apabila sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti universiti itu semalam, kata beberapa pegawai keselamatan. Menurut mereka, penyokong pergerakan itu melakukan serbuan di bangunan tersebut ketika sejumlah pelajar sedang menduduki peperiksaan. Kumpulan penyokong pergerakan itu bertindak membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka. Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang merupakan penyokong pergerakan berkenaan, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis. Pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh ketika anggota-anggota polis memasuki kampus universiti tersebut. Menurut beberapa pegawai keselamatan, empat orang turut cedera dalam kejadian itu. Para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar bagi mengelak pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata. Stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar-gambar asap yang kelihatan di Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar. Seorang pegawai polis berkata, 60 pelajar ditangkap selepas kebakaran di tingkat pertama bangunan tersebut berjaya dikawal oleh anggota bomba.
|
mbhcsf posted on 29-12-2013 07:27 AM
well...lihatlah dulu kata reformasi itu lebih baik so tukarlah ....maka ditukar balik lagi so apa ja ...
tongkatwaran75 posted on 29-12-2013 08:05 AM
kita belum dgr lagi satu pihak bercerita;
Pihak Keselamatan masih mengepung dan menggempur Kolej ...
tongkatwaran75 posted on 29-12-2013 11:48 AM
Baru dgr radio bernama, akibat pertempuran polis dn pelajar , bgn fakulti terbakar. Jadi ia terbakar ...
Maideen. posted on 29-12-2013 10:46 AM
Mungkin ada yang tak sempat grad dan tak sempat balik ke Malaya untuk pakai sarban dan jadi Ostad da ...
ADVERTISEMENT