CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Ditarik Ke Laut Ketika Mandi !

26-12-2013 06:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12529| Komen: 101

Gambar hiasan


Dungun, 26 Disember : Operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas Ghafar Manaf, 32, yang dipukul ombak ketika mandi di Pantai Sura Tengah, dekat sini, semalam menemui jalan buntu berikutan keadaan laut dan ombak besar.


Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, pasukan operasi dengan kekuatan seramai 41 orang terdiri daripada polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengambil langkah dengan kaedah pemantauan di sepanjang pantai.


Katanya, tindakan melalui kaedah berkenaan dibuat berikutan keadaan laut yang masih bergelora dan membahayakan anggota penyelamat untuk menjalankan kerja mencari dan menyelamat.

"Ombak besar dengan laut bergelora turut berbahaya untuk penggunaan bot termasuk aktiviti selaman bagi mengesan mangsa.

"Keadaan ombak setinggi 2 meter menyebabkan usaha mengesan mangsa menggunakan bot amat berbahaya kepada pasukan menyelamat," katanya.

Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam, mangsa yang berasal dari Semporna, Sabah dikatakan berkunjung ke pantai terbabit bersama isteri, Amizah Mohd Zain, 25, dan ahli keluarga isterinya berkelah di pantai itu.

Mangsa dikatakan mandi di pantai terbabit sebelum dipukul ombak dan ditarik ke tengah laut dan setakat jam 5 petang ini, mangsa masih belum ditemui.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SulurBidar 26-12-2013 01:26 AM
Jaringan pantai kawasan dari Kemaman, hinggalah ke Rantau Abang, agak bahaya utk bermandi-manda, lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh.

Lantai yang tidak landai menyebabkan tarikan dan olakan lebih kuat berbanding pantai yang landai...
Quote cmf_blingblings 26-12-2013 01:35 AM
Setiap tahun mesti ada kes mandi laut di musim tengkujuh ni, baru tengok gambar di pantai yg sama kat board fotografi, cantik pantai ni
Quote lavajeans 26-12-2013 01:37 AM
cmf_blingblings posted on 26-12-2013 01:35 AM
Setiap tahun mesti ada kes mandi laut di musim tengkujuh ni, baru tengok gambar di pantai yg sama ka ...

Aku dah cek wiki...tahun 1989 takde kes...

Merry natal...
Quote cmf_blingblings 26-12-2013 01:38 AM
lavajeans posted on 26-12-2013 01:37 AM
Aku dah cek wiki...tahun 1989 takde kes...

Merry natal...

tahun tu org terlupa rekod kot, internet tak meluas lagik
Quote lavajeans 26-12-2013 01:40 AM
cmf_blingblings posted on 26-12-2013 01:38 AM
tahun tu org terlupa rekod kot, internet tak meluas lagik

Ada...tapi kat pantai sura hujung...depan itm...

Quote cmf_blingblings 26-12-2013 01:46 AM
lavajeans posted on 26-12-2013 01:40 AM
Ada...tapi kat pantai sura hujung...depan itm...

Oh...iolls lupa, ko kat Dungungg
Quote vespa_oren 26-12-2013 08:36 AM
“Ya Allah..Kau campakkan segera mayat suamiku ke darat, aku reda"



DUNGUN: “Ya Allah..Kau campakkan segera mayat suamiku ke darat, aku reda," itu doa Amizah Mohd Zain, 25, selepas usaha pasukan mencari dan menyelamat buntu untuk mengesan suaminya Ghafar Manaf, 32, yang lemas ketika mandi di Pantai Sura Tengah, di sini.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, mangsa yang berasal dari Semporna, Sabah dikatakan dipukul ombak sebelum ditarik ke laut dan gerakan mencari dan menyelamat mangsa masih menemui jalan buntu berikutan keadaan laut dan ombak yang besar.


Amizah berkata, dia menyedari keadaan ombak besar dan laut bergelora itu menyukarkan usaha mencari suaminya itu, namun dia berharap ada satu keajaiban berlaku.

"Saya berharap agar mayat suami dicampakkan ombak ke darat secepat mungkin. Selagi suami tidak dijumpai, selagi itu hati saya tidak tenang dan tidak dapat tidur,” katanya yang setia menanti kemunculan suaminya di pantai itu.


Menurut Amizah, dia sukar melupakan tragedi ombak besar yang menghempas suaminya di depan matanya sendiri sehingga dia sendiri tidak dapat membantu menyelamatkan mangsa kerana ombak begitu cepat menarik suaminya ke tengah laut.


"Saya tidak sangka niat kami untuk berkelah dan mandi di sini bertukar tragedi. Sebelum kejadian itu, suami bersungguh-sungguh mahu mandi di sini dan sekiranya saya tahu akan berlaku kejadian buruk ini, sudah tentu saya melarangnya.

"Namun, segalanya sudah berlaku dan saya hanya mampu reda dengan suratan Ilahi selain berdoa agar dia ditemui.

"Cuma, saya terkilan hajat suami untuk melihat anak sulung kami tidak kesampaian. Sebelum ini, suami tidak sabar menunggu kelahiran cahaya mata pertama kami selepas empat bulan kami mendirikan tangga,"katanya yang kini sedang hamil dua bulan.

Amizah berkata, dia mengajak suaminya pulang ke kampung di Kampung Alur Tembesu, di sini, pada Isnin lalu, selepas menerima berita ayahnya sakit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, keadaan laut yang bergelora menyebabkan pasukan mencari dan menyelamat mengambil langkah dengan kaedah pemantauan di sepanjang pantai.

Katanya, keadaan ombak besar dengan laut bergelora itu turut berbahaya untuk penggunaan bot termasuk aktiviti selaman bagi mengesan mangsa.

"Keadaan ombak setinggi dua meter menyebabkan usaha mengesan mangsa dengan menggunakan bot amat berbahaya kepada pasukan menyelamat," katanya.



sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Is...le?BeritaUtama
Quote Bedah.Cun 26-12-2013 08:45 AM
Loh, skang kan musim tengkujuh orang sume takut nak gi pantai dik non heii
Quote mak_wa95 26-12-2013 08:50 AM
takziah....
Quote zulka 26-12-2013 08:51 AM
dah tertulis ajalnya begitu....
Quote ad_hoc79 26-12-2013 10:13 AM
sedihnya bila taw meninggal tp mayat xjumpai
Quote prop 26-12-2013 10:38 AM
Kesian kat isteri mangsa
Baru kahwin bulan Ogos, mengandung 2 bulan ..
Takdir Allah .....
Quote md_nana 26-12-2013 10:45 AM
Mak aku time dgr berita ni, terus ckp.
Da xde keje kot pegi berkelah musim mcm ni....
Quote nurfariezza 26-12-2013 10:47 AM
owhh sedih nye....hope jge kndungan baik2 yer...
Quote gujiwa 26-12-2013 10:50 AM
bini dia budak UM tgk kawan aku post status pasal ni..

bini dia ngah preggy skrg ni..baru kawin..

moga selamat la semuanya..
Quote sapp73 26-12-2013 10:50 AM
inalillah...tak tau nak cakap apa. musim tengkujuh ni, sebolehnya elakkanlah ke pantai. Kesian isterinya itu
Quote prettyuglybabe 26-12-2013 10:56 AM
takziah..


Quote zorrro_03 26-12-2013 11:26 AM
zulka posted on 26-12-2013 08:51 AM
dah tertulis ajalnya begitu....

takziah kpd keluarga mangsa.  pesanan utk semua, jgn memandai nak mandi laut lps ni.  

ps ~ cantik nya b16 ko...

Quote zulka 26-12-2013 11:34 AM
zorrro_03 posted on 26-12-2013 11:26 AM
takziah kpd keluarga mangsa.  pesanan utk semua, jgn memandai nak mandi laut lps ni.  

ps ~ c ...

H22a bro..

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054005 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top