VIDEO: Luahan Sedih Mangsa Banjir, Makcik Hasnah Dakwa Tidak Dipedulikan Anak
Di sebalik banjir yang melanda kawasan Pantai Timur baru-baru ini, terdedah pula satu kisah menyayat hati. Kisah sedih yang menimpa seorang warga emas dikenali sebagai Makcik Hasnah, dikongsikan sendiri makcik ini bersama linangan air mata ketika berbual dengan KSU Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh yang turun padang melawat kawasan dilanda banjir di kawasan Pantai Timur, baru-baru ini. Menurut Makcik Hasnah, dia berasa sedih apabila melihat ramai orang datang melawat sedangkan anak sendiri mengabaikan dirinya. Anaknya pula bukan sedikit, sembilan orang malah ada yang tinggal berdekatan namun tak datang tunjukkan muka padahal mustahil tak tahu ibu mereka turut terjejas ekoran banjir. Kata Makcik Hasnah anaknya semua kerja bagus-bagus malah yang perempuan berkahwin dengan jurutera, ‘air force’ dan guru namun semua tak datang menjenguk bertanya entahkan ibu mereka ini masih hidup atau tidak, kecuali yang sulung. Bagi duit, apatah lagi. Mujurlah Makcik Hasnah ada pencen jadi itulah sumber pendapatannya untuk meneruskan hidup. Biar pun perkongsian Makcik Hasnah ini mungkin akan menyakitkan hati anak-anaknya bila dapat tahu, mereka harus sedar kesakitan ditanggung ketika si ibu melahirkan mereka jauh lebih dahsyat. Jadi sebaik-baiknya buanglah yang keruh, ambil yang jernih sementara masih ada kesempatan untuk berbuat demikian.
|
mommymonster82 posted on 26-12-2013 02:14 AM
Parking dulu sebelum komen..
Takut nanti jadi mcm kes dulu..
Beria org kituk anaknya rupanya anak ...
mommymonster82 posted on 26-12-2013 02:14 AM
Parking dulu sebelum komen..
Takut nanti jadi mcm kes dulu..
Beria org kituk anaknya rupanya anak ...
leylapple posted on 26-12-2013 08:27 AM
betul...
kadang2 org tua nie nyanyuk sikit...
mak_wa95 posted on 26-12-2013 08:46 AM
selalu dok pertikai apa dosa anak kpd ibubpa..
kenapa tidak tanya apa dosa ibubapa terhadap anak2.. ...
yusrin posted on 26-12-2013 08:51 AM
betul tu
tapi dari apa yg aku belajar ngan ustaz
walau banyak mana dosa mak pak kt kita
callance posted on 26-12-2013 09:07 AM
dalam 9 org anak sorg pun x ingat kat mak nye.. mst ade something wrong kat makcik ni... mungkin die ...
ADVERTISEMENT