CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jadi Trauma Tengok Motosikal

26-12-2013 12:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2989| Komen: 8



BALAKONG – Seorang ejen hartanah mendakwa dirinya trauma setiap kali melihat motosikal selepas kejadian dia ditumbuk beberapa lelaki di tepi jalan berdekatan persimpangan lampu isyarat Langat Jaya, minggu lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan tengah hari.

Ketika menghala ke Batu 9, Cheras, Chong mendakwa kenderaannya tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal yang ditunggang laju.

Tiada pelanggaran berlaku namun penunggang terus menjerit ke arahnya dan mengarahkan dia memberhentikan kereta di tepi jalan.

Tidak sampai lima saat kereta diberhentikan, Chong mendakwa datang dua van menghalang bahagian depan dan belakang keretanya.

Menurutnya, penunggang motosikal terus menghentak cermin keretanya menggunakan topi keledar dan memaksanya turun dari kereta.

Tiga lelaki dipercayai yang menaiki van menumbuk mukanya beberapa kali menyebabkan mata kanannya mengalami kecederaan.

“Memang sampai sekarang saya rasa trauma dan masih terasa sakit di bahagian mata,” katanya sambil memberitahu dia mendapatkan rawatan di Hospital Kajang dan membuat laporan di Balai Polis Batu 9 Cheras sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee yang menerima aduan itu percaya musibah menimpa mangsa adalah jenayah terancang dilakukan sekumpulan individu.

Katanya, memang orang ramai akan memberhentikan kereta untuk memberi bantuan sekiranya ada berlaku kemalangan di sesuatu tempat, namun dalam kes itu katanya tiada pelanggaran berlaku.

“Saya syak ini jenayah terancang, justeru saya menasihatkan pengguna jalan raya yang berdepan situasi sama supaya terus ke balai polis terdekat untuk elak insiden serupa,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ogata 24-12-2013 01:30 PM
ish..moga kita dijauhkan dari inseden begini..paling takut drive sensorang time malam.
Quote itik_kuning 24-12-2013 01:30 PM
macam2 kes jenayah kat malaysia ni. yet masih di katakan aman.

nak tunggu ada perang dulu kot baru nak sedar.
Quote mak_wa95 24-12-2013 01:32 PM
takutnya samseng2 jalanan macam ni...
Quote revolusi_30 24-12-2013 01:35 PM
Kalo mat rempit ne mulayu la bese nye ... fxxk nye bangsa.
Quote PostBanhammer 24-12-2013 02:01 PM
Jangan kutuk melayu.
Quote niceghost2005 24-12-2013 02:08 PM
PostBanhammer posted on 24-12-2013 02:01 PM
Jangan kutuk melayu.

Haper bangsa pung...............TETAP wujud jenih pariah.

Tak ada saper bley nak berbangga dgn bangsa nya yg kunon baik, sopan santun, berbudi bahasa bla bla bla
TAPI kalau ada STATISTIK, aku kira yg menang ialah bangsa JAPANG.





Waallahua'lam
Quote abgluffy 28-3-2015 09:09 PM
melayu mudah lupa..nanti lama2 lupa la tu
Quote ninja boy 28-3-2015 09:59 PM
sialan sungguh, rompakla bank pelahap riba

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.042229 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top