Harga emas adalah AS$1,205 seauns pada Jumaat di London Bullion Market, susut hampir 27 peratus pada tahun ini susulan permintaan yang lebih lemah dan penurunan inflasi yang mana mengakhiri rekod 12 tahun pertumbuhan harga tahunan tanpa gangguan. Ia menyebabkan harga emas, yang mana dua pendorong utamanya adalah permintaan barang kemas dan belian bagi tujuan pelaburan, bersedia untuk mengalami kejatuhan tahunan pertama sejak 2000 apabila nilainya sudah susut 5.6 peratus. Terdapat dua faktor berbeza di sebalik penurunan harga emas tahun ini," kata Penganalisis Macquarie, Matthew Turner. Pertama adalah disebabkan pelabur menjual logam itu," katanya sambil menyifatkan kemerosotan mendadak dalam permintaan daripada dana dagangan bursa (ETF) yang membolehkan pelaburan dibuat tanpa perlu berdagang di pasaran niaga hadapan. Mengikut Turner, ETF dijangka mencatat jualan sehingga 840 tan emas tahun ini. Status logam berharga itu diburukkan dengan tanda pemulihan ekonomi meskipun kemelut ekonomi masih berterusan di zon euro. Nilai emas mengalami kejatuhan teruk tahun ini akibat spekulasi Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mula mengurangkan program rangsangan pelonggaran kuantitatif (QE) bernilai berbilion dolar. Harga emas pada Jun lalu menjunam ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun pada AS$1,180.50 seauns susulan spekulasi langkah bank pusat AS itu, sebelum melantun semula. Harganya kini sudah semakin hampir paras berkenaan pada akhir minggu lalu ketika bank pusat AS mengakhiri spekulasi dengan mengumumkan ia akan mula mengurangkan program rangsangan mulai bulan depan.
|
ronin posted on 25-12-2013 02:51 PM
baru beli kat Kuala Pilah Jumaat lepas gelang emas rm120 per gram.....
ronin posted on 25-12-2013 02:51 PM
baru beli kat Kuala Pilah Jumaat lepas gelang emas rm120 per gram.....
ADVERTISEMENT