CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

409 Ayahanda Mahu Mempertahankan Melayu

24-12-2013 04:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9102| Komen: 72


Syed Husain (depan, empat, kanan) menerima resolusi daripada wakil-wakil NGO sebelum diserahkan kepada pihak berwajib.                                                                                                                                   

KUALA LUMPUR – Seramai 409 Ayahanda daripada 52 NGO telah membuat ketetapan dan resolusi berhubung penggunaan gelaran Ayahanda dan memperjelas matlamat serta tanggungjawab Ayahanda sebagai pemegang amanah kepada wasiat Raja-Raja Melayu.
       
Pengerusi Eksekutif Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS), Ayahanda Syed Husain Al Shahab berkata, resolusi tersebut mengandungi 12 perkara dan memperjelaskan secara menyeluruh mengenai takrifan Ayahanda dan pemberian gelaran yang ditetapkan melalui proses baiah dan kesahihan sanad.
       
“Kami mahu agensi berwajib memahami dengan jelas peranan utama Ayahanda dan gelaran ini diiktiraf serta digunakan secara rasmi oleh semua 52 NGO di bawah YAS.
       
“Resolusi ini akan diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Jabatan perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ketua Polis Negara, Ketua Pendaftar Pertubuhan (ROS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi-agensi keagamaan di seluruh negeri,” katanya selepas Seminar Kepimpinan Ayahanda SeMalaysia Peringkat Kebangsaan, semalam.

Beliau berkata, antara kandungan resolusi tersebut menyatakan tujuan dan tanggungjawab hakiki Ayahanda sebagai pemegang amanah kepada wasiat Raja-Raja Melayu yang telah dititah dan diwatikahkan pada 1 Syaaban 1377 Hijrah bersamaan 5 Ogos 1957 semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang kini menjadi Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


Menurutnya, Ayahanda juga bertanggungjawab mempertahankan peruntukan terhadap Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kekal menjaga kesucian agama Islam dan kekal dengan amalan serta pegangan ahlil sunnah wal jamaah.
       
“Kami Ayahanda akan menjadi benteng mempertahankan tanah air daripada sebarang cubaan untuk mencemar atau melemahkan kedaulatannya dengan moto Ayahanda Patriot Kedaulatan.
       
“Kami juga akan menerbitkan buku-buku panduan untuk pemahaman asas baiah dan asas perjuangan, penyeragaman kaedah pelantikan dan tatacara urus tadbir dan penyelarasan matlamat serta segala dasar pelaksanaan,” katanya.
       
Menurutnya, YAS juga menggesa KDN, PDRM, Jakim dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri serta semua agensi keselamatan di peringkat persekutuan dan negeri supaya memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan gelaran Ayahanda secara palsu atau tidak mengikut sanad atau baiah yang ditetapkan Majlis Perundingan Ketua-Ketua NGO Bertaraf Ayahanda, YAS dan Jawatankuasa Sanad YAS.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 23-12-2013 08:41 PM
alhamdulillah...melayu makin bersatu..makin kuat dan makin kematu..

demi wawasan 2020..ayahanda akan terus bangkit mempertahankan melayu...

ayahanda ngn godfather ni same ke?? maklumla..geng2 pak cik tua ni suka layan citer mafia..lol
Quote solstice 23-12-2013 08:43 PM

Gengster
Quote axl_bach 23-12-2013 08:52 PM
erkkkk,bukan tanggungjawab menpertahankan agama nih mmg kepada penganutnya ker??apsal ayahanda nak sibuk2 perasan dorg benteng plak dh.......
Quote prettyuglybabe 23-12-2013 08:53 PM
pertahankan melayu adakah sama pertahankan islam?? yang mana lagi utama?
Quote zeck19 23-12-2013 08:54 PM
Menurutnya, YAS juga menggesa KDN, PDRM, Jakim dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri serta semua agensi keselamatan di peringkat persekutuan dan negeri supaya memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan gelaran Ayahanda secara palsu atau tidak mengikut sanad atau baiah yang ditetapkan Majlis Perundingan Ketua-Ketua NGO Bertaraf Ayahanda, YAS dan Jawatankuasa Sanad YAS.

alahai.. apa punya bodoh NGO/YAS ayahanda...bodoh tak boleh nak diajar.. bengap..

banyak kerja yang tak siap siap lagi oleh KDN, PDRM, Jakim dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri..
dari layan NGO ayahanda sebegini.. kumpulan orang orang baghal..
Quote chazey 23-12-2013 08:55 PM
pakwetizzaqyah posted on 23-12-2013 08:41 PM
alhamdulillah...melayu makin bersatu..makin kuat dan makin kematu..

demi wawasan 2020..ayahanda a ...

Eh, ha'ah kan. Sekarang baru aku faham dari mana datang istilah ayahanda yang very gay ini.
Quote rawahah 23-12-2013 08:55 PM
ayahnda pekida ke? ptuih.. hang p belajar Alfatihah dengan tahiyyat akhir dulu lah!
Quote slippergombak 23-12-2013 08:59 PM
ayahanda2 malaysia dah cukup kuat, apsal melayu2 takut lak nak angkat PR jadi pemerintah malaysia kununnnya cina DAP akan jadi raja nanti... kalu cina DAP yg jadi raja kaa ketua kaa... ayahanda2 nih akan pertahankan melayu... jadi buat apa nak takut pilih PR lepas nih kan.... Ayahanda akan backup untuk jaga kedudukan melayu.....jadi, sokong lah Pakatan Rakyat...
Quote PathFinder@60 23-12-2013 09:00 PM
Hidup Ayahanda !!
409 Orang Aje ?
Patut Kena Tambah Lagi Ramai Neh...

Quote dahliateck 23-12-2013 09:09 PM
pertahan diri sendiri pun cam x berapa nak larat jer
Quote slippergombak 23-12-2013 09:13 PM
PathFinder@60 posted on 23-12-2013 09:00 PM
Hidup Ayahanda !!
409 Orang Aje ?
Patut Kena Tambah Lagi Ramai Neh...

jangan risau ayahanda ramai lagi setiap malam melepak masuk club free atas tagline ayahanda kat jalan doraisamy tuh...
Quote vespa_oren 23-12-2013 09:14 PM
semua pertubuhan melayu dh kemaruk nak pakai gelaran ayahanda, abang long, kak long

yang aku tahu PEKIDA jer yang start guna, yang lain mana tah datang
Quote slippergombak 23-12-2013 09:17 PM
ngan ayahanda nih aku tak takut sebab nampak Auww sangat....

Pelakon Boy Iman udah pun bergelar Ayahanda Pekida utk Majlis Jemaah Cochrane (MJC).
Boleh lah seangkatan dgn Abang Awie..







nih ayahanda cochrane kaa ayahanda cockroach...??
Quote PathFinder@60 23-12-2013 09:19 PM
slippergombak posted on 23-12-2013 09:13 PM
jangan risau ayahanda ramai lagi setiap malam melepak masuk club free atas tagline ayahanda kat ja ...

Oh, Thanks Bro, Jalan Doraisamy,
Itu Port Tuh, Aiseh, Dah Sampai Rumah Pulak,
Kalau Tak Boleh Singgah Sana Nak Tengok Ayahanda Melepak,
HaHaHaHa


Thanks Bro For The Lovely Info That Shared On This,
Cheers !!

Quote slippergombak 23-12-2013 09:26 PM
PathFinder@60 posted on 23-12-2013 09:19 PM
Oh, Thanks Bro, Jalan Doraisamy,
Itu Port Tuh, Aiseh, Dah Sampai Rumah Pulak,
Kalau Tak Boleh Si ...

orang lain masuk kena bayar.. set2 ayahanda masuk cakap nih ayahanda masuk nak pree ajer...
Quote PathFinder@60 23-12-2013 09:29 PM
slippergombak posted on 23-12-2013 09:26 PM
orang lain masuk kena bayar.. set2 ayahanda masuk cakap nih ayahanda masuk nak pree ajer...:laugh3 ...

Bro,
Maybe Ada Password Agaknya,
Time Nak Masuk, Lilit Salepang Dulu,
Bouncer Club Tengok,
Ayoo Ane, Ini Ayahanda Mari, Kasi Free Saja
HaHaHaHa

Quote Matakilat 23-12-2013 09:30 PM
Ayahnda tolong betul kan anaknda anaknda anda yg menjahanamkn imej islam itu sendiri. Ada yahnda yg hafaz al quran dan brkampung di skolah pondok tak? Kalo ada baru lah saya trgamak nak panggil kamu smua ayah.
Kalau stakat jemaah subuh di surau pun sekali kala shj, jgn berangan sgt lah diri ayah bagai ye.
Quote kasseh 23-12-2013 09:32 PM


ayahnda cocroach....

cukuplah ada sorang ayahnda dan ibunda tercinta
Quote pakwetizzaqyah 23-12-2013 09:38 PM
chazey posted on 23-12-2013 08:55 PM
Eh, ha'ah kan. Sekarang baru aku faham dari mana datang istilah ayahanda yang very gay ini.

kalau tengok cerita the godfather tu..tengok sinopsis kerekter..ada godfather yg gayah..





Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058001 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top