CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Humban Anak Dari Tingkat 52

24-12-2013 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5824| Komen: 40





BANGUNAN apartmen mewah setinggi 52 tingkat di Manhattan di mana Kanarikov mencampakkan anaknya.

MANHATTAN, New York - Seorang ayah mencampakkan anak lelakinya yang berusia tiga tahun dari bumbung pencakar langit setinggi 52 tingkat di sini kelmarin sebelum terjun dari bangunan berkenaan.


Polis berkata, lelaki itu, Dmitriy Kanarikov berusia 35 tahun, mati di tempat kejadian selepas terjun dari Menara Dataran Lincoln sekitar pukul 12.05 tengah hari (waktu Amerika Syarikat).



Polis mengesyaki lelaki tersebut yang merupakan seorang imigran dari Ukraine, berada dalam keadaan tertekan ekoran pertikaian mengenai hak penja- gaan anak mereka.


"Anak lelakinya, Kirill yang memakai pijama meninggal dunia tidak lama selepas dimasuk- kan ke Hospital St, Luke Roose- velt," kata polis.


Tragedi menyayat hati itu berlaku tiga bulan selepas Kanarikov menulis di laman Face- booknya bahawa dia mahu menjadi seorang ayah dan pasangan yang baik.


"Saya mahu menjadi bapa dan suami yang terbaik, tiada apa yang lebih penting daripada mereka sekarang ini," kata Kanarikov lagi.


Isterinya, Svetlana Bukharina pula bermegah di laman Facebooknya pada Mac lalu bahawa dia mempunyai suami dan anak lelaki yang terbaik di dunia.
Bagaimanapun, kehidupan rumah tangga mereka bertukar porak peranda sejak beberapa bulan lalu.


Kanarikov dan Bukharina bercerai manakala masa ayah untuk bersama anaknya pula terhalang ekoran perebutan hak penjagaan anak antara mereka.
"Perpisahan tersebut diselubungi kemarahan sehingga mereka terpaksa bertemu berhampiran balai polis untuk menghantar dan mengambil Kirill," kata satu sumber.


"Kanarikov mengambil Kirill pukul 10 pagi kelmarin di lokasi tersebut dan dia perlu menghantar anaknya tiga jam kemudian," tambah sumber sama.
Sementara itu, ibu Kirill, Bukharina enggan mengulas berhubung insiden tersebut.


"Perkara ini perkara peribadi melibatkan keluarga dan sahabat handai saya," kata Bukharina kepada akhbar New York Daily News.
Setakat ini, polis masih belum pasti punca Kanarikov bertindak untuk menamatkan nyawa anak lelaki kesayangannya.
















Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 23-12-2013 04:26 PM
kesian anak dia
nk bunuh diri sorg2 dah la
yg pi bunuh anak sekali tu kenape?
Quote missyqaldina 23-12-2013 04:26 PM
kesiannye kt bdk tuuu...
prangai cm pprt sini je..
Quote whadda 23-12-2013 04:28 PM
hisshhh... nak mampus mampus la sorang2... ni heret anak sekali...
Quote Kassim_Patalon 23-12-2013 04:29 PM
kapir biasalah                  
Quote siti_kus 23-12-2013 04:30 PM
mak dia mesti sedih gila..
Quote pittjie 23-12-2013 04:32 PM
ni macam .. aku tak dapat anak ni .. ko pun tak dapat jg. cam tu la kan. kesian budak tu.
Quote cikatilia 23-12-2013 04:32 PM
kesian baby
and the worst

the mother


Quote magnus 23-12-2013 04:33 PM
Org ukraine mmg pelik kot...sampai hati campak anak camtu
Quote niceghost2005 23-12-2013 04:33 PM
hasniey posted on 23-12-2013 04:26 PM
kesian anak dia
nk bunuh diri sorg2 dah la
yg pi bunuh anak sekali tu kenape?

Aku x dapat..............hang pung x dapat.

Kalah jadi abu, menang jadi arang.
Biar putih mata, jangan berputih tulang.



Betoi kaaaa apa yg aku tulih nie.
Semakin teruk aku punya peribahasa.
Quote xtahumenahu 23-12-2013 04:34 PM
kesian btol anak yang x tahu apa2 jadi mangsa keadaan
Quote Kassim_Patalon 23-12-2013 04:34 PM
kapir biasalah                  
Quote geenie 23-12-2013 04:41 PM
killing urself, n kill ur son doesnt make u the best dad in the world.
Quote queen_aurora 23-12-2013 04:46 PM
idop mati bersamerr............
Quote ijamartgallery 23-12-2013 04:51 PM
i jum u jum....
Quote nurul_akmar 23-12-2013 04:52 PM
budus. nak terjun, terjun la sensorg.
Quote BurningTimes 23-12-2013 04:54 PM
Yang kau bodoh sangat dah kenapa dik? Kan dah mampos dik, bodoh kan, selayaknyalah kamu mati begini. Elohim Sabaoth Elyon Adonai Ehieh Asher Ehieh bayar cash sahaja sekarang ini. Tak payah nak hutang2 dah.
Quote Kassim_Patalon 23-12-2013 04:55 PM
Lupakah dengan peristiwa Nabi Moses kesejahteraan ke atasnya dia atas bukit Tur Sina Jabal Musa bertanya kepada tuhan Allah, apakah nama penuh tuhan Allah?

Lalu tuhan Allah menjawab Ehyeh Asher Ehyeh dibunyikan jadi Yahweh (dalam bahasa Yehudi, Yahweh membawa maksud I am what I am, Aku adalah Aku), kau tak perlu tahu nama penuh-Ku.
Quote shiro82 23-12-2013 04:57 PM
buat pernerjunan solo sudah....nk bawak anak yang tak berdosa sama tu mmg tak boleh di terima akal. bapak banggang...
Quote dani-rox 23-12-2013 05:14 PM
siyal punya bapak
pentingkan diri... nak balas dendam la tuh
sanggup bunuh anak dr serahkan kpd bakal ex-wife

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062554 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top