Kedah Juara 90 (1990) Kejayaan pasukan bola sepak Kedah yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1990 Pasukan bola sepak Kedah di bawah bimbingan jurulatih Milous Kvacek dan pengurus pasukan Dato' Ahmad Basri Mohd Akil Detik-detik sebelum perlawanan dimulakan Jaringan emas oleh V. Sundram Moorthy pada minit ke 44 Tarikh 15 Disember 1990 merupakan malam yang tak mungkin dilupakan oleh seluruh peminat bola sepak Kedah daripada segenap lapisan. Itulah malam di mana Kedah telah menempah sejarah. Pada jam 8.45 malam, 15 Disember merupakan detik yang penuh dengan cabaran bagi pemain dan juga ribuan peminat Kedah di Stadium Merdeka dan ratusan ribu peminat Kedah duduk di depan peti televisyen. Itulah saat-saat yang akan menentukan kalah menangnya pasukan Hijau Kuning. Perlawanan menentang Singapura merupakan perlawanan ke empat bagi Kedah di peringkat akhir pertandingan Piala Malaysia setelah tewas tiga kali berturut-turut kepada Kuala Lumpur di padang yang sama. Perasaan berdebar-debar para penyokong Kedah pada peringkat permulaan meledak penuh gembira apabila gol pertama dijaringkan oleh V. Sundram Moorthy pada minit ke-44. Gol tersebut diperolehi daripada hantaran Rincic Bratislav dari sebelah kiri kawasan Singapura kepada Husin Jaafar. Husin menanduknya ke dalam kawasan penalti terus kepada Sundram Moorthy yang lantas merembatnya ke gawang Singapura. David Lee tidak dapat berbuat apa-apa. Penyokong-penyokong Kedah bersorak keriangan dalam keadaan hujan yang mulai renyai. Harapan membawa pulang Piala Malaysia sudah terbayang. Separuh masa pertama yang penuh dengan aksi cemas dan mendebarkan berakhir dengan Kedah mendahului Singapura satu gol kosong. Menariknya dalam separuh masa pertama itu ialah selama hampir setengah jam penjaga gol kedua-dua pasukan sedikit pun tidak menerima cubaan yang mencemaskan. Ini kerana semua tendangan sudut, tendangan silang dan tendangan bebas berjaya dihalang oleh barisan pertahanan masing-masing. Penyerang utama Singapura iaitu Abbas Saad dan Alistair Edwards jarang dapat menembusi barisan pertahanan Kedah. Selama 72 minit, Kedah masih dapat mempertahankan kedudukannya. Namun, pada minit ke-73 Singapura berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Alistair Edwards. Gol tersebut diperolehi daripada tendangan bebas oleh Hasnim Haron yang ditanduk masuk ke dalam gol oleh Alistair Edwards. Kali ini giliran penyokong-penyokong Singapura pula yang melonjak kegirangan sementara penyokong Kedah diam kerana kecewa. Namun, penyokong Kedah tidak menunggu lama kerana setelah tiga minit separuh masa pertama masa tambahan dimulakan, Ng Chew Beng menyumbat bola ke sudut kanan pintu gol Singapura hasil daripada tendangan percuma. Singapura terus mengasak dan cuba mendekatkan jurang gol tetapi apabila Romli Ghani yang menggantikan Chan Keat Swee yang diusung keluar kerana cedera, menjaringkan gol ketiga bagi Kedah setelah menerima hantaran sudut dari Aziz Azizan, dengan itu terkuburlah harapan Singapura untuk menjadi juara. Detik itu, pertama kalinya selepas 50 tahun Piala Malaysia menjadi milik Kedah lantas mencatat sejarah dalam perkembangan bola sepak Kedah.
|
midori_katana posted on 16-12-2013 04:43 PM
Aku kecik lagi masa ni ..tapi aku ingat lagi demam hijau kuning sampai hampir semua benda di cat war ...
masa_lalu posted on 16-12-2013 08:48 PM
sekarang semua tu tinggal kenangan
tapi kenapa kedah masa tu juara tapi sekarang sekadar pasukan be ...
sekngucing posted on 18-12-2013 04:31 AM
aku ingat tahun 1993, bas kedah kena pecah dgn penyokong kelantan di kota bharu
aku ada masa tu, :l ...
axl_bach posted on 18-12-2013 05:20 PM
sebaik ko x jumpa aku,kalo x aku dh taji2 kapla ko,hahahhahaha
hawaq posted on 19-12-2013 12:35 PM
tapi lastly kedah masuk final 93 lwn singapore mng 2-0
kedah 93 aku rasa team paling mantap kalo ...
ADVERTISEMENT