CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dikhendaki Polis

18-12-2013 06:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4005| Komen: 6

                                                                                                                                                               

                        
SERI ISKANDAR - Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah mengesan 11 individu bagi membantu siasatan dalam pelbagai kes jenayah yang berlaku di daerah ini.
       
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, pengesanan 11 individu itu amat diperlukan bagi memastikan kes-kes jenayah di daerah ini dapat diselesaikan.
       
Menurutnya, 11 individu berkenaan disyaki terlibat dalam beberapa kes termasuklah kes samun, pecah rumah, mendatangkan cedera, curi dalam bangunan dan sebagainya.
       
  “Antara individu yang dikesan ialah Chui Jun Sheng, 28, beralamat MC 117, Pangsapuri Mewah Cheras, Taman Koperasi Ceupacs Batu 12, Selangor; Ahmad Syafiq Zainal, 24, beralamat di Taman Seri Duyung,
       
Kandang, Melaka; Mohd Rijal Fikri Romlan, 24, beralamat Kampung Sungkop Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah; Mohd Roshidi Hashim, 32, beralamat Kampung Tepus, Parit; Wiraman Satarudin@Haris@Abu Bakar Iris berasal dari Indonesia dan sebelum ini dikatan tinggal di Sitiawan; Muhamad Azizi Anuar Mohd Sharif, 22, beralamat Kampung Changkat Rambai Kampung Gajah.
       
“Beberapa individu lagi turut dikesan antaranya Mohd Kamel Ramli, 37, beralamat Kampung Kuala Puntin, Keningau Sabah; Mohamed Faizal Mohamed Amin, 35, Petaling Jaya, Selangor; Mohamad Syawal Mohd Sapardi, 19, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor; Mohammad Aznil Abdul Latif, 18, beralamat Kampung Selat Pulau, Pasir Salak; Muhammad Haffiz Azzaman, 22, beralamat di Belakang Klinik Desa Bota Kanan,” katanya.
       
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana individu tersebut boleh menghubungi talian 05-3713222.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 18-12-2013 11:27 AM
di CARI polis.. lol
Quote boyagombak 18-12-2013 11:39 AM
Wat malu teman oghang peghok
Quote Kassim_Patalon 18-12-2013 03:41 PM
Wiraman Satarudin@Haris@Abu Bakar Iris banyaknya nama kau ni nok
Quote nurul_akmar 19-12-2013 06:51 AM
apehal melayu sume ni. muda2 plak tu. aishh
Quote nexusys 19-12-2013 06:59 AM
Meleis = bangsa yg tidak berguna/omputeh kata "useless" (jelas pabila melihat gambar2 dan nama2 tertera di atas) Last edited by nexusys on 19-12-2013 07:01 AM

Quote ubatkurap 19-12-2013 08:14 AM
Hampir semua mohd?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.039778 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top