KUANTAN - Banjir gelombang kedua dijangka akan melanda tiga daerah di negeri menjelang esok hingga 22 Disember apabila hujan lebat luar biasa dikatakan akan berlaku.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, kerajaan negeri telah diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk bersiap sedia menghadapi gelombang kedua ini agar segala urusan dapat dilaksanakan dengan baik. Justeru, pihaknya akan meminda beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi pengurusan mangsa banjir yang lebih efisien. Menurutnya, pindaan SOP ini hanya akan dilaksanakan di daerah Kuantan sahaja, manakala bagi daerah Pekan dan Rompin, ia akan dijalankan seperti sebelum ini. Mangsa banjir sekitar Sungai Isap, Cenderawasih, Bukit Rangin dan Kampung Belukar akan ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir iaitu di Dewan Sekolah Kebangsaan Chung Ching, Wisma Belia dan Dewan Sukpa. “Mereka akan dipindahkan oleh pihak berkuasa dengan lori ataupun bas untuk ditempatkan di pusat pemindahan tersebut. “Segala urusan memberi bantuan serta akan dilakukan oleh pihak sekolah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), dan petugas Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), manakala kepimpinan atau NGO kawasan hanya bertindak sebagai pembantu sahaja. “Urusan memasak pula akan dilaksanakan oleh ATM dan pihak kantin sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Banjir di Wisma Sri Pahang di sini. Sementara itu, beliau menegaskan bekalan makanan untuk mangsa banjir juga mencukupi dan akan diagihkan terus ke pusat pemindahan oleh pihak berkuasa.
|
AbukRokok posted on 18-12-2013 12:10 AM
banjir = kotor kata herrhughie
banjir = selayaknyalah utk ummah dunia ketiga kata ckindon
pakwetizzaqyah posted on 17-12-2013 11:41 PM
gelombang berapa kali la pun..yg penting kenabatangan panjang umur..selebrate analversary dngn bini ...
tagas posted on 19-12-2013 11:55 AM
aku nak pi bukit gambang resort city isnin depan nih..from segamat..agak2 clear leh lalu tak area si ...
ADVERTISEMENT