King Siang dibawa ke lokap sementara menunggu ibunya membayar jaminan, semalam. IPOH – Seorang pengarah sebuah hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol pembantu rumahnya, empat bulan lalu.
Tertuduh, Ting King Siang, 30, didakwa merogol wanita warga Indonesia berusia 21 tahun itu di rumahnya di Taman Dinding, Ayer Tawar dekat sini kira-kira jam 1 pagi pada 27 Ogos lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap tuduhan jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nadia Sharif yang mengendalikan pendakwaan sebelum itu membantah jaminan kerana ia kesalahan serius terhadap pekerjanya. Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguamnya, Mahinderjit Singh meminta jaminan diberikan berikutan mangsa kini diletakkan dalam penjagaan Kedutaan Indonesia. “Tertuduh tidak akan mengganggu mangsa lagi berikutan mangsa di bawah penjagaan Kedutaan Indonesia,” katanya. Hakim Madihah Harullah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Tertuduh dibebaskan selepas ibunya membayar jaminan. |
9
Bagus |
13
Marah |
4
Terkejut |
11
Sedih |
14
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT