CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semakin Ramai Pelajar Sekolah Sakit Mental

16-12-2013 04:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5946| Komen: 31

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan menjalankan ujian kesihatan mental di kalangan pelajar di samping berharap bilangan guru kaunselor di sekolah ditambah.
Presidennya, Hashim Adnan berkata, seiring dengan langkah itu, Kementerian Pelajaran perlu mengisi keperluan guru kaunselor di sekolah-sekolah supaya ia selari dengan usaha membantu para pelajar yang bermasalah.

Pendekatan satu guru kaunselor untuk 500 pelajar yang dilakukan pada masa ini tidak lagi sesuai, dan nisbahnya perlu dikecilkan kepada satu guru kaunselor bagi 300 atau 350 orang murid sahaja," katanya.


"Nisbah yang kecil ini dapat membantu guru untuk lebih fokus menjalankan tugasan dalam membantu pelajar menangani tekanan mental dan emosi," katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam semalam bahawa kementerian itu akan menjalankan ujian kesihatan mental bagi pelajar sekolah menengah dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat mulai tahun depan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote purpledesire 16-12-2013 08:39 AM
mmg ramai pun yg sakit mental kat negara nie..
Quote gogo2 16-12-2013 08:42 AM
bukan pelajar sahaja.

Kebanyakan rakyat Malaysia pun sakit mental.

Lebih2 lagi Zahid Komidi.
Quote pakwetizzaqyah 16-12-2013 08:42 AM

Quote Mr_Beruk 16-12-2013 08:47 AM
Laa.. nak atasi masalah mental kena tambah goru konsoling ajer ropa-nya.. pastu setel la yeh? meh? kiukiukiu..
Quote nicuya 16-12-2013 08:51 AM
depa stress seme bnde kne hafal..hahaha
Quote chaoyunjie 16-12-2013 08:52 AM
memang patut pun...kalau boleh seluruh rakyat Malaysia juga
Quote biskutsusu 16-12-2013 08:56 AM
i rasa ye la kot
semua benda nk kena hafal
Quote sekngucing 16-12-2013 09:05 AM
sakit mental sebab hari2 mak bapak kena pergi kerja, jalan jem
balik pukul anak
pegi sekolah cikgu pukul
Quote caprut 16-12-2013 09:18 AM
Mr_Beruk posted on 16-12-2013 08:47 AM
Laa.. nak atasi masalah mental kena tambah goru konsoling ajer ropa-nya.. pastu setel la yeh? meh? k ...

smpi skrg aku x pham ape tugas guru kaunseling kat malaysia ni. kjer dorg setahu aku mmg xde msa utk mgajar. yg aku nmpk dorg kjer cri pnceramah buat crmah ka skolah
Quote annehuda 16-12-2013 09:30 AM
cikgu kaunseling ni kekdg aku tgk mcm takde fungsi je kt sekolah. patut cikgu kaunseling jadi tempat bebudak meluahkan tekanan perasaan, bukan masa budak2 dah kantoi baru nk usung cikgu kaunseling.
Quote solstice 16-12-2013 09:38 AM
Bukan dalam sekolah jer
Tp dalam negara
Dalam cari ni pon ramai
Hati2
Quote palmolive 16-12-2013 10:03 AM
muda2 dh sakit mental..dh keje esok2 sakit ati lak ngan kos idup
Quote PostBanhammer 16-12-2013 10:07 AM
Kos sara hidup makin tinggi ooooo..... Itu la pasal. Takkan tak nampak lagi?
Quote shernazz 16-12-2013 10:08 AM
dolu mase aku form 2,
member aku ade jumpe kaunselor sekolah, x tau masalah apa...
pastu tiap kali waktu belajar seminggu 2 kali x kire la masa apa,
PRS akan panggil member aku neh, kaunselor nak jumpe
mengganggu masa belajar..sengal

mase aku skola teknik plak, kaunselor x reti nak jaga privasi
kalo ade sorang bercerita masalah dia,, warden, PK HEM, sume tau masalah budak neh
sian woo...sampai malu budak ni kaunselor buat..
habis luar dalam kantoi.....buduh punya kaunselor
Quote shernazz 16-12-2013 10:09 AM
kaunselor bodoh juga menyumbang pelajar mental
Quote nurfariezza 16-12-2013 10:10 AM
annehuda posted on 16-12-2013 09:30 AM
cikgu kaunseling ni kekdg aku tgk mcm takde fungsi je kt sekolah. patut cikgu kaunseling jadi tempat ...

yup...setuju 2...da kntoi bru nk kaunseling kn..
mmg xm'bantu lngsung...ptut kaunseling la awl2 spaya bdak2 ni x t'pesong..
Quote PostBanhammer 16-12-2013 10:11 AM
shernazz posted on 16-12-2013 10:08 AM
dolu mase aku form 2,
member aku ade jumpe kaunselor sekolah, x tau masalah apa...
pastu tiap kali ...

Itu dah melanggar etika sebagai seorang kaunselor... Tak buat report ke pasal kaunselor jahanam tu?

Quote batmana 16-12-2013 10:13 AM
patutnya bukan tugas guru.
tapi serah pada doktor sakit jiwa aja.

guru kaunselor ni belajar medic ka?
ke sekadar belajar dlm google?..
Quote shernazz 16-12-2013 10:14 AM
PostBanhammer posted on 16-12-2013 10:11 AM
Itu dah melanggar etika sebagai seorang kaunselor... Tak buat report ke pasal kaunselor jahanam tu ...

aku dah bagitau member aku...
dia kata nak pi mengadu, ntah ye ke tak x tau la kan...
mase tu kecoh sampai cikgu2 lain pon tau rasanya....
memang kitorang pon bengang, last2 kitorang boikot la..
ape yang dia tanya, sume member aku x nak bagitau dah


Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.044411 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top