Lelaki yang berasal dari Arab Saudi yang dikenali sebagai Samir Shaikh dikatakan telah mengupah Ismail Sheikh,28 dan Jamir Shaikh, 19 untuk melakukan jenayah itu. Pada siasatan awal, polis hanya mengesyaki Samir tetapi akhirnya membawa kepada penglibatan Ismail dan Jamir. Sebaik diberkas, kedua-duanya mengaku melakukan jenayah itu. Menurut Pegawai Penyiasat Kanan Polis Mumbai, Inspektor Mankhurd SG Rajput, Ismail telah membuat pinjaman wang daripada suami mangsa sebanyak Rs10,000 (RM520). "Suspek (Ismail) berkata, Samir telah mengambil pasport dan dokumen peribadi lain sebagai jaminan dan berjanji untuk mengembalikannya selepas kerjanya selesai. “Ismail juga mendakwa, Samir akan melunaskan hutangnya sekiranya dia membunuh isterinya, Sufiya dan berjanji membayar upah Rs35,000 (RM1,800) untuk pembunuhan itu. "Ismail berkata, dia bertemu Samir ketika lelaki itu pertama kali datang dari Arab Saudi sebulan setengah yang lalu . “Samir meminta tolong kepadanya untuk menghapuskan Sufiya . Tarikan kepada tawaran ini bukan hanya kepada pengecualian daripada melunaskan pinjaman, tetapi juga wang upah, " kata Rajput. Dalam kejadian pagi Selasa lalu, sebaik anak lelaki Sufiya yang berusia 14 tahun pergi ke sekolah, Ismail dan Jamir pergi ke tingkat lima rumah pangsa mangsa di Lallubhai Compound. Lebih menyedihkan, sebaik ditikam beberapa kali di badan mangsa, Ismail kemudiannya membakar wanita yang berusia 35 tahun itu. Selepas membunuh mangsa, kedua-dua suspek segera meninggalkan lokasi jenayah. Namun, hasil siasatan, polis mendapati terdapat beberapa rekod panggilan telah dibuat suspek kepada mangsa pada hari kejadian. Ismail dilaporkan menghubungi Sufiya dan datang melawatnya kira-kira tiga atau empat kali sebelum ini.
|
cmf_blingblings posted on 15-12-2013 12:57 AM
kau tak suka, kau cerai ajalah apa masalah, talak kat tangan laki
Harap2 dia kena h ...
lavajeans posted on 15-12-2013 01:43 AM
kalau pandai biar betul2 nampak cam xcident...
boleh claim insuran dgn socso sekali dgn asb...
...
ADVERTISEMENT