CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik Usia 2 Tahun Lihat Abang Tergantung

16-12-2013 11:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16540| Komen: 134


Mayat dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.


MARAN - Seorang ibu yang sedang menikmati makan malam tidak menyangka rengekan anak bongsu  berusia dua tahun rupa-rupanya ingin memberitahu melihat abangnya tergantung di ruang tamu rumah mereka di Kampung Luit, dekat  sini.

Percakapan pelat anak kecil itu dengan isyarat tangan di leher pada mulanya tidak diendahkan, namun diulangi beberapa kali sehingga menarik perhatian ibunya.

Menurut ibu berusia lingkungan 40-an itu, anak sulungnya yang baharu pulang dari rumah rakannya kira-kira jam 9.45 malam memberitahu mahu menghubungi isterinya di Kuala Lumpur.

Katanya, lalu dia mengizinkan anaknya menggunakan telefon bimbitnya bagi tujuan tersebut.

“Mereka baru enam bulan berkahwin dan kebetulan isterinya sekarang berada di Kuala Lumpur. Ketika mereka berbual melalui telefon, mereka bertengkar.

“Dia kemudian memberi telefon kepada saya dan suruh saya dengar sendiri apa yang diperkatakan isterinya sebelum beredar ke ruang tamu,” katanya.

Bagaimanapun, talian telefon tersebut diputuskan oleh isteri si mati sebaik mengetahui ibu mertuanya berada di talian.

Tidak lama kemudian, anak bongsunya berusia dua tahun itu yang dipercayai mengikut si mati ke ruang tamu kembali ke dapur.

“Dia datang ke arah saya dan cakap ‘ma, abang-abang’ dengan tangan tunjuk di leher tetapi saya tidak mengendahkan.

“Apabila banyak kali dia ulang dan merengek-rengek, lalu saya ikut ke ruang tamu sebelum terkejut melihat jasad anak sulung saya tergantung dengan tali di leher. Hanya jeritan terkejut mampu keluar dari mulut saya,” katanya.

Seorang saudara yang berada di rumahnya bertindak menurunkan anaknya itu yang sudah nyawa-nyawa ikan, namun tidak lama kemudian anaknya menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintedan Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dilakukan.

Mayat si mati dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

2

Bagus
13

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
11

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ushioz 16-12-2013 09:48 AM
silakan ahli nujum,koroner,ostat,OCPD,pendeta dan tabib membuat penafian.
Quote nurul_akmar 16-12-2013 09:49 AM
ape la.. cetek betul pemikiran sampai nk bunuh diri
Quote Cik_Eena 16-12-2013 09:49 AM
innalillah......napelah ko tamatkan riwayat mcm ni dik oii.....subhanallah
Quote berusjamban 16-12-2013 09:50 AM
jauhnye jarak adik dgn abang...
yg mak pulak mcm bengap
Quote jengkoil 16-12-2013 09:51 AM
Takziah..

Balu satu, yg meninggal kosong... satu kosong
Quote magnus 16-12-2013 09:52 AM
tak sabor nak ke alam barzakh ke apa ni..
Quote batmana 16-12-2013 09:55 AM
apa nk jaadi..

msti trauma adiknya..
Quote haryatie 16-12-2013 09:58 AM
aduhai..knapa la smpai nak bunuh diri
ramai nyer org sekrang yg x fikir panjang, cari jlan yg konon2 nya mudah tp sebenar tak mudah pun
kesiannyer..
ramai jerk org lain, yg bergaduh ngan pasangan, cerai berai, ditimpa mcam2 musibah..
kalau ikut hati mati..
tp kena ingat hdup ini bukan nak dpt dpt apa yg kita hajati sja, yg indah2 saja..
ambil hikmah setiap apa yg berlaku meskipun terlalu pedih atau perit
kena sabar byk2...
ALLAH tak akn biarkan hamba nya terus menerus dlm kesedihan/kekecewaan..cuma yg penting dekatkan diri pd Allah..

Quote siti_kus 16-12-2013 10:01 AM
umur brapa la abgnya.. takziah utk kluarga.
Quote bianglala 16-12-2013 10:05 AM
mudahnya buat keputusan..

takziah untuk familinya.

Quote Syumaimah 16-12-2013 10:05 AM
Sengsara kat dunia tak sesengsara kat akhirat. Derita kat dunia tak sederita kat akhirat. Fikir fikirlah sebelum nak bunuh diri...
Quote none88 16-12-2013 10:09 AM
mesti bini die mintak cerai nie..ish ishhh...
Quote xtahumenahu 16-12-2013 10:10 AM
Ya Allah...mudahnya jalan nak cari penyelesaian masalah
Quote Lina66 16-12-2013 10:10 AM


Kesian...

Tak tertanggung dgn masalah rumahtangga..   ape la yg si mertua dah ckp kat si menantu sampai nekad gantung diri ...






Quote skeezotone 16-12-2013 10:11 AM
musim org bunuh diri plak..
Quote shernazz 16-12-2013 10:12 AM
ko hengat ko tido terus ke dalam kubur dik oii...
ataupon ko lepas kapan tu, memang relaks saja x pikir masalah apa..
aku rasa kalo ko pikir siksaan kubur, pastinya ko nak hidup 1000 tahun lagik
Quote mak_wa95 16-12-2013 10:14 AM
tamat satu riwayat...nyawa di tangan sendiri..
Quote milosusu 16-12-2013 10:18 AM
ramainya org melayu bunuh diri skang
Quote revolusi_30 16-12-2013 10:20 AM
ushioz posted on 16-12-2013 09:48 AM
silakan ahli nujum,koroner,ostat,OCPD,pendeta dan tabib membuat penafian.

Ubat bius Ubat bius

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.074064 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top