Memorial Necropole Ecumenica yang terletak di Santos Brazil yang memegang rekod dunia Guinness sebagai kompleks perkuburan tertinggi di dunia. Kerana kepadatan Bandaraya Santos, ruang tanah perkuburan adalah sangat terhad. Oleh itu tanah berkuburan bertingkat di dalam bangunan ini dibina pada tahun 1983. Ia mempunyai ruang untuk 14 000 jenazah di dalam bangunan setinggi 14 tingkat. Sebuah lagi bagunan setinggi 40 tingkat akan dibuka di Memorial Necropole Ecumenica yang mampu memuatkan 25 000 jenazah. Ia dijangka siap pada tahun 2016.
Siapa sangka Brazil sebuah negara yang besar juga mempunyai masalah tanah perkuburan. Ingatkan negara kecil seperti Singapura dan Israel sahaja ada masalah sebegini.
|
ADVERTISEMENT