CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Ayahanda’ Dicekup Dalam Operasi Dadah!

13-12-2013 09:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8138| Komen: 43

GOMBAK: Kegiatan seorang ahli kumpulan kongsi gelap berpangkat ayahanda yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar Kampung Wira Damai dekat sini, tumpas selepas polis menyerbu kediamannya, petang tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasukan polis dari Balai Polis Selayang bersama pasukan Ops Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menyerbu kediaman lelaki terbabit yang terletak di atas bukit di Kampung Wira Damai dan merampas ketulan mampat dipercayai ganja seberat 1.3 kilogram (kg).

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika serbuan itu suspek berusia 68 tahun mengaku pemilik kediaman itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah itu polis menemui dua ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1.3 kg.


"Dadah disyaki jenis ganja itu disembunyikan di celah anak tangga di bahagian dapur rumah itu.

"Kita menahan suspek selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai peningkatan kegiatan dadah di kawasan ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote solstice 13-12-2013 09:47 AM
Yg gigih dok berayahanda bagai set2 ni lah
Lesen besar nak jadi samseng atas nama ketuanan melayu
Quote pakwetizzaqyah 13-12-2013 09:57 AM
tengah2 bkalan air nk teganggu ni si ayahanda ni lagi boleh buat jenayah...
Quote Al-Patih 13-12-2013 11:17 AM
Bonda ....
Quote prettyuglybabe 13-12-2013 11:26 AM
ayahanda marah?? tak, seronokkk
Quote xAthenax 13-12-2013 11:32 AM
Al-Patih posted on 13-12-2013 11:17 AM
Bonda ....

makcik yang disabit kes membunuh dalam thread semalam lah BONDA
Quote Al-Patih 13-12-2013 11:35 AM
xAthenax posted on 13-12-2013 11:32 AM
makcik yang disabit kes membunuh dalam thread semalam lah BONDA

macam mana bolih akau terlepas berita ..tima kasih bagi tau
Quote R2D2 13-12-2013 12:30 PM
xAthenax posted on 13-12-2013 11:32 AM
makcik yang disabit kes membunuh dalam thread semalam lah BONDA

mcm2 gelaran
ayahanda la
bonda la
tu semua geng2 samseng ka
Quote annehuda 13-12-2013 12:39 PM
samseng ngan bertaraf nenda tak de ke?
Quote shayjr 13-12-2013 12:41 PM
mokcik yg meroyan kat penang tuh pangkat nenda tapi CM dah tarik balik sbb terhina katenye...
Quote tehherba 13-12-2013 01:13 PM


ayahanda  ?   
anakanda camna lak

Quote nexusys 13-12-2013 01:23 PM
eh mana boleh ni... salunya ayahnda ni sochi morni.....tak buat kerja2 jahak
Quote Ladysovereign77 13-12-2013 01:49 PM
Ayahanda waklu. Gengster haprak esok mati ko kena tanam jugak
Quote kelip2_07 13-12-2013 01:58 PM
ayahnda la sgt.....klu kena tngkp menggelupur jgk..ppuiii


Quote nize 13-12-2013 02:07 PM
manusia kan gile gelaran sir datok nenek ayahanda ananda dsb
Quote NBM 13-12-2013 10:15 PM
ni onyangnda nih....aduyaiiiii
Quote mak_wa95 13-12-2013 10:21 PM
Al-Patih posted on 13-12-2013 11:35 AM
macam mana bolih akau terlepas berita ..tima kasih bagi tau

mak engku.....
Quote airfilterkotor 13-12-2013 10:59 PM
Ayahanda takat main ganja mampat je...?

Sekarang era 2013 dowh.
Quote NaylaArisha 13-12-2013 11:01 PM
dadah pulak dah
Quote PathFinder@60 13-12-2013 11:04 PM
Aih, Ayahanda pun boleh lungkup ?
Ingatkan kebal dan berada di atas undeng2...
HeHeHeHe

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057859 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top