CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penguna Waze Tinggi Di Malaysia

12-12-2013 11:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10302| Komen: 89



KUALA LUMPUR – Selepas memperoleh momentum kukuh di Malaysia, aplikasi mudah alih navigasi trafik Waze Ltd merancang mengukuhkan kedudukannya di sini dengan bekerjasama bersama agensi kerajaan, perniagaan tempatan dan syarikat media.

Malaysia ketika ini merupakan satu daripada lima pasaran utama di dunia bagi Waze, kata Pengarah Kanan Komunikasinya, Julie Mossler.

Bercakap kepada pemberita pada taklimat media beliau berkata orang Malaysia selesa dengan teknologi mudah alih dengan jumlah pengguna aktif Waze di sini meningkat lebih daripada dua kali ganda kepada 1.5 juta pada Oktober daripada kira-kira 600,000 pada Februari.

Syarikat itu yang dibeli oleh Google Inc pada Jun dengan harga US$966 juta, memperoleh niaga janji dengan Astro Malaysia Holdings Bhd.

Pengendali TV berbayar itu dijangka menawarkan maklumat trafik masa sebenar kepada penonton pada awal 2014, katanya.

Ini akan menjadikan Malaysia sebagai pasaran ketiga bagi Waze selepas AS dan Mexico untuk bekerjasama dengan badan penyiar.

Selain itu, katanya, Waze juga ketika ini sedang berbincang dengan agensi kerajaan Indonesia dan beberapa syarikat telekomunikasi di Filipina, sambil menambah ia tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia.

Walaupun Mossler enggan mendedahkan unjuran pertumbuhan jumlah pengguna Malaysia, beliau berkata syarikat itu akan terus memanfaatkan momentum di sini bagi memacu pertumbuhannya di seluruh dunia.

Aplikasi Waze, yang semakin popular dan mempunyai 50 juta pengguna semasa ia dibeli oleh Google, membantu pemandu mencari laluan paling pantas dengan maklumat trafik masa sebenar. 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taikor 11-12-2013 11:41 AM
Memandu di bandaraya Malaysia tanpa Waze memang seksa kena jerat jam
Quote pilot 11-12-2013 11:43 AM
bagus jugak app ni....ada accident kat depan pun dia gtau...
Quote ijamartgallery 11-12-2013 11:45 AM
betol2...waze mmg berbaloi kat kolompo ni...
Quote blackred99 11-12-2013 11:51 AM
kenapa astro? kang nanti ada caj pulak.
Quote True-X 11-12-2013 11:56 AM
Alhamdulillah...semoga pencipta waze diberkati Last edited by True-X on 11-12-2013 01:34 PM

Quote supernaturalee 11-12-2013 11:58 AM
blackred99 posted on 11-12-2013 11:51 AM
kenapa astro? kang nanti ada caj pulak.

aku expect benda yg sama gak
naik dan naik lagi dan lagi

Quote solstice 11-12-2013 12:00 PM
go waze
i love waze

Cuma bila dah kerjasama ngan kerajaan msia & astro
Harus ada kena bayar situ sini nnti
Dan failure sana sini
Quote abgboroi 11-12-2013 12:02 PM
blackred99 posted on 11-12-2013 11:51 AM
kenapa astro? kang nanti ada caj pulak.

sekarang ni banyak produk Astro diberi percuma...seperti siaran radio dan NJOI....naper pulak waze nak kena caj?  produk2 google selalunya percuma sebab mereka target pada iklan...
Quote abgboroi 11-12-2013 12:06 PM
solstice posted on 11-12-2013 12:00 PM
go waze
i love waze

WAZE masih ada kelemahan...bekerjasama dengan kerajaan boleh membetulkan keadaan ni terutama dalam pemetaan ,maklumat cuaca,pelancongan,event dan sebagainya....
Quote intan_smsb 11-12-2013 12:06 PM
waze bagus... menbantu saya sebagai pengguna jalan raya tegar

Quote abgboroi 11-12-2013 12:11 PM
supernaturalee posted on 11-12-2013 11:58 AM
aku expect benda yg sama gak
naik dan naik lagi dan lagi

kebiasaanya GPS berbayar seperti Sygic atau Garmin ada kelebihan diorang sendiri...Waze pulak digerakkan oleh orang ramai...sama macam dalam forum ni... kita x perlu bayar...kita yg gerakkan forum ni...owner amik untung atas iklan...
Quote supernaturalee 11-12-2013 12:12 PM
abgboroi posted on 11-12-2013 12:11 PM
kebiasaanya GPS berbayar seperti Sygic atau Garmin ada kelebihan diorang sendiri...Waze pulak dige ...

well, tunggu dan lihat

Quote abgboroi 11-12-2013 12:17 PM
solstice posted on 11-12-2013 12:00 PM
go waze
i love waze

opss tambah sikit...google map pun dah bekerjasama dengan kerajaan sebelum waze..hasilnya trafik real time tu agak berkesan sebab google guna sistem trafik dari dari jabatan pengangkutan...


Quote melia_star 11-12-2013 12:20 PM
syukur dan bangga im one of waze user...sgt2 membantu...
Quote abgboroi 11-12-2013 12:24 PM
supernaturalee posted on 11-12-2013 12:12 PM
well, tunggu dan lihat

tunggu dan lihat apa nyer?  Waze percuma di seluruh dunia...kalau nak bayar...bermakna waze dah tukar kepada sistem yuran langganan...tu hak WAZE yg mengendalikan perkhidmatan bukan kerajaan atau Astro...

Waze bekerjasama dengan Astro sebab nak tambah lagi perolehan...ada  hubungan dua hala disitu...sama macam Waze berkerjasama dengan syarikat2 lain...macam perbankan dan pusat membeli belah...utk promosi2 terbaru...
Quote ally9970 11-12-2013 12:35 PM
sapelah yg invent waze ni... dgr kata google beli dgn harga RM30b, kayo pakcik !!!
Quote 5229 11-12-2013 12:44 PM
wa guna nokia drive sajaaa
Quote myoujin 11-12-2013 12:46 PM
ko tak bace kat atas tu ke 966 juta US... 30biliyun pekejadah waze nih

yahudi yang invent waze ni... ko pakai ko geng yahudi
Quote ejans 11-12-2013 12:50 PM
knape aku rasa penin tgk waze.
au uninstall.. skang guna google map je..
lg sonang

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.041155 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top