CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banduan Boleh Sambung Phd

12-12-2013 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 1816| Komen: 0

Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

KUALA LUMPUR - Banduan yang menjalani hukuman di penjara akan diberi peluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (Phd) tidak lama lagi, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
       
Beliau berkata pada masa ini, Jabatan Penjara sedang berbincang dengan insititusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) untuk melihat kursus yang bersesuaian untuk banduan melanjutkan pelajaran.   
       
 "Kita telah meminta pihak universiti menyatakan kursus yang bersesuaian dengan masa banduan untuk terus mendapat pendidikan. Inilah peluang mereka untuk menjadi insan yang berguna dan berpendidikan," katanya.
       
Beliau menjawab soalan tambahan Senator S.Bagiam Ayan Perumal yang bertanya sama ada kementerian membuat pemantauan terhadap pesalah juvana dan banduan yang ingin melanjutkan pelajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi.
       
Wan Junaidi berkata statistik Jabatan Penjara menunjukkan 409 banduan sedang menjalani kursus di pusat latihan vokasional dan 20 lagi melanjutkan pelajaran dalam pelbagai jenis ijazah sarjana muda di sebuah IPTS.
       
Dalam pada itu, beliau berkata sehingga Ogos tahun ini, seramai 1,548 orang terlibat dalam jenayah juvana, 29,382 dalam jenayah belia dan 57 orang dalam gengsterisme juvana.
       
Mereka ditahan dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan pada 17 Ogos lepas bertujuan membuat pengesanan, pemantauan dan pencegahan aktiviti kumpulan kongsi gelap dan gengster. -




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.027808 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top