CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Rusuhan Di Singapura: 10 Cedera, 27 Ditahan

9-12-2013 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 54244| Komen: 572







SINGAPURA - Sekurang-kurangnya 10 anggota polis dan penjawat awam cedera selepas lima kenderaan pasukan itu dan sebuah ambulans dibakar di kawasan Little India republik itu, malam tadi.
 
Rusuhan jam 9.30 malam itu, berlaku selepas kemalangan jalan raya, membabitkan seorang pekerja warga Bangladesh yang terbunuh selepas dilanggar bas dalam kejadian di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire.

Rusuhan membabitkan kira-kira 400 perusuh terdiri daripada warga asing dalam kejadian.
 
Susulan kejadian itu, sekumpulan pekerja asing bertindak balas dengan merusuh dan merosakkan harta awam termasuk membakar ambulans dan kereta polis yang dikejarkan ke lokasi.

 
Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran di kawasan kejadian berikutan tindakan perusuh membakar kenderaan terbabit. Beberapa kereta polis turut diterbalikkan.
 
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Teo Chee Hean, berkata rusuhan itu menyebabkan kerosakan harta benda awam yang serius.
 
“Namun, situasi kini sudah terkawal. Polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap mereka yang terbabit dengan rusuhan,” katanya.
 
Sementara itu, jurucakap polis berkata, lokasi tumpuan rusuhan itu sudah dikepung dan orang awam diarah menjauhi kawasan itu.

Polis bertindak mengepung tempat kejadian di Jalan Race Course dan Hampshire di Little India itu dalam usaha mengawal keadaan.
 
Premis perniagaan sepanjang Jalan Buffalo diarah tutup dengan pasukan bomba dikerah memadam semua kebakaran yang dicetuskan perusuh.

ANTARA News melaporkan, 27 orang setakat ini ditahan ekoran rusuhan pada malam minggu itu.

Rusuhan di Singapura: 10 cedera, 27 ditahan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chaintea 9-12-2013 12:32 AM
tu dia jd Sivaji memasing..

ganas tuh
Quote AbukRokok 9-12-2013 12:33 AM
[fbv]758699794145011[/fbv]
Quote Kassim_Patalon 9-12-2013 12:35 AM
inilah barokah minum air newater
Quote JabbaWokeez 9-12-2013 12:36 AM
Lagi video rusuhan di Singapore

[youtube]yUrqYFjP7IY#t=12[/youtube]

[youtube]OdSzjj39Et0[/youtube]

Quote momomikomiki 9-12-2013 12:36 AM
Rare ni.....majulah singapura
Quote AbukRokok 9-12-2013 12:37 AM
[youtube]qJajX1Gqz5E[/youtube]


[fbv]758693594145631[/fbv]

[fbv]758703847477939[/fbv]


Kini di Pawagam
Quote chaintea 9-12-2013 12:38 AM
yg kena langgar sorang..amuk sampai 1 bandar..
dahsyat drama depa nih
Quote redz85 9-12-2013 12:39 AM
bawak masuk lagi reramai.. target 6.9 million
Quote tomatome 9-12-2013 12:40 AM
enjoy the show..
Quote din_atos 9-12-2013 12:40 AM
gilooooo
Quote chaintea 9-12-2013 12:43 AM
kalu depa amuk kt KL cmno?

muka memasing gatai je...scary
Quote xpdckelate 9-12-2013 12:46 AM
berani oooo buat onar dekat singapork
Quote momomikomiki 9-12-2013 12:47 AM
Foreign Talent katanye....memang dah terbukti
Nak tgk apa tindakan gomen lepas ni
Quote AngsaMerah 9-12-2013 12:49 AM
silap haribulan kena hantar balik diaorang ni..
Quote sekngucing 9-12-2013 12:50 AM
sivaji? bukan ke tu pekerja bangLAdesh?
mengaitkan sivaji dgn bangla umpama mengaitkan super junior dengan china
Quote AbukRokok 9-12-2013 12:51 AM
Bangla paku pakis dan yindia rulez...next time mulaysia
Quote oni313 9-12-2013 12:51 AM
giler la, tu baru kat singapore, tak dapat bayangkan kalau puak2 PATI ni mengamuk sebegini rupa kat area chow kit atau masjid india tu , ntah2 mau darurat trus KL ni...

pihak imigresen, pihak polis,sila amik serius perkara camni, PATI ni pun kalau naik public transpot pun diorg kuang hajar...

Quote Bedah.Cun 9-12-2013 12:54 AM
Ermmm rembes sangat nengok hadek2 Bedah fighting,



Quote sekngucing 9-12-2013 01:01 AM
oni313 posted on 9-12-2013 12:51 AM
giler la, tu baru kat singapore, tak dapat bayangkan kalau puak2 PATI ni mengamuk sebegini rupa kat  ...

tula aku kata
indon nak tawan malaysia senang aja
suruh berjuta pendatang dia di malaysia ni balut bom di badan dan letupkan bangunan/kaw tumpuan awam
1juta indon = 1 juta bom bergerak
mampus malaysia mcm tu aje

Lihat semua komen(572)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.147880 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top