CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azab Kena 104 Sebatan Dalam Penjara

9-12-2013 11:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9863| Komen: 23

Azab 104 rotan

Kuala Lumpur: “Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.


“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”
Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.

Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.


BADAN Botak Chop penuh bertatu.

2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 7-12-2013 08:57 AM

Quote tapibukanaku 7-12-2013 09:03 AM
‘Saya terima suami seadanya’

[size=0.9em]Petaling Jaya: “Semua kisah silam hidupnya sudah dia ceritakan kepada saya. Nampak dia begitu ikhlas, saya terima apa suami seadanya dan tak kisah langsung dengan statusnya sebagai seorang bekas banduan.
[size=0.9em]“Bagi saya, dia sudah cukup sempurna, apatah lagi dia punya perwatakan yang seakan sama dengan arwah suami saya dulu. Mungkin ini jodoh kami dan saya harap ia berkekalan selama-lamanya,” kata Nor, 54, yang bertemu jodoh dengan Botak Chop, 53, bulan lalu.
[size=0.9em]
Menurut Nor, mereka berkenalan kira-kira tiga bulan lalu selepas sering bertemu di hadapan rumah di Puchong dan ia menjadi titik tolak kepada hubungan yang membawa mereka ke jenjang pelamin.

[size=0.9em]Katanya, sebagai seorang jiran di hadapan rumah, sudah tentu dia mengetahui sejarah hidup Botak Chop yang dikenali sebagai bekas banduan bagi kes jenayah berat sejak 1973 lagi.
[size=0.9em]
Namun, ia tidak menjadi masalah kerana Botak Chop berjanji untuk hidup bersama berkongsi suka duka sebagai suami isteri, apatah lagi usia mereka sudah berganjak ke pertengahan 50-an.
[size=0.9em]
“Saya memang tidak kisah langsung dia bekas banduan ke, bunuh orang ke, kerana saya tahu dia kini seorang yang baik dan bertanggungjawab. Dia cerita sejarah hidupnya dengan sepenuh hati dan saya terima juga dengan hati yang terbuka.

[size=0.9em]“Tidak ada langsung keraguan di dalam hati saya ketika dia berjanji mahu sehidup semati. Keluarga termasuk tiga anak saya juga menerima dia dengan baik, malah mereka begitu mesra dengan abang (suami),” katanya ketika ditemui Harian Metro sebaik sah bergelar isteri kepada Botak Chop.
[size=0.9em]
Sementara itu, Botak Chop berkata, dia berdoa agar pernikahan itu adalah yang terakhir di dalam hidupnya selepas pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

[size=0.9em]“Saya benar-benar berhasrat di dalam hati, andainya satu hari nanti saya meninggal dunia, biarlah ada seorang isteri yang boleh membacakan Yasin, dan mendoakan saya. Hari ini saya begitu bahagia dan berharap segala kisah hidup saya yang lalu tinggal kenangan,” katanya yang hidup menduda selama 20 tahun.
[size=0.9em]
Botak Chop berkata, dia ingin memulakan kehidupan barunya bersama isteri serta tiga anak tiri dan melupakan episod hitam hidupnya.


Last edited by tapibukanaku on 7-12-2013 09:05 AM

Quote famri7 7-12-2013 09:11 AM
Musti terburai jurbur beliau...tp dia ada bunuh orang kah? Kalo ada patut dibiarin mereput didalam cell.
Quote FlowerGirl 7-12-2013 09:15 AM
Ganas la pokcik ni...tatu dia perghh
Quote ANNDHIA85 7-12-2013 09:56 AM
Sedangkan Allah itu Maha Pengampun. Sapelah kita untuk tidak. Sama2 kita doakan dia terus berada di jalan yang benar lepas ni.
Quote nurul_akmar 7-12-2013 10:01 AM
dia dah dpt balasan dunia n cuba jalani kehidupan dia sebaik mungkin. semoga dia x terpesong lagi
Quote Artemesiaa 7-12-2013 10:12 AM
Elok le dah insaf boleh jadi pengajaran buat yang lain
Quote md_nana 7-12-2013 10:17 AM
Tak dpt tgk gambar laa pulak...
Quote MissNigga 7-12-2013 10:21 AM
at least dia dah ketemui jalan yang benar ... dan dah menerima hukuman dunia ... masuk isle... kalo nawaitu dia jujur dan ikhlas ... Allah akan ampunkan dosa dia yang terdahulu... even berat cam ner pun kesalahan yang pernah dibuat ...
Quote mak_wa95 7-12-2013 10:52 AM
banyaknya urat di tangan dia...
kena keje berat ke dalam penjara..
kalau kerja berat tu..keje apa ye..
Quote rospinki 7-12-2013 10:57 AM
Kak bedah cun suka ni badan kekar beb...

Aku juga turut gembira ada insan seperti uncle botak diberi peluang untuk hidup bahagia sepertimana kita harapkan dalam hidup ini..selagi kita bernama manusia tidak lari dari dosa samada dosa besar atau kecil..Allah maha mengetahui dan hanya dia berhak memberi dan mengambil nikmat manusia..
Quote noor2 7-12-2013 11:06 AM
dah kena babap punggong baru insaf ya....
Quote prettyuglybabe 7-12-2013 11:53 AM
tatu dia cam lukisan budak. comel je ada matahari burung kepala dinosaur.. err.. lain tu gambar kamasutra ke??
Quote BotakChinPeng 7-12-2013 12:12 PM
Boleh tukar nama jadi "dubur belang"
Quote Decaffeinated 7-12-2013 12:29 PM
tapibukanaku posted on 7-12-2013 09:03 AM
‘Saya terima suami seadanya’


“Bagi saya, dia sudah cukup sempurna, apatah lagi dia punya perwatakan yang seakan sama dengan arwah suami saya dulu...."




Kinky tak akak?...

Last edited by Decaffeinated on 7-12-2013 12:31 PM

Quote Decaffeinated 7-12-2013 12:32 PM
rospinki posted on 7-12-2013 10:57 AM
Kak bedah cun suka ni badan kekar beb...

Aku juga turut gembira ada insan seperti uncle botak dib ...

kat thread sebelah dia dah kata 'No'...

Quote tobby 7-12-2013 12:33 PM
39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974,
Quote machai_umno 7-12-2013 12:35 PM
brapa byk artikel ni mau keluar daaa
Quote dahliateck 7-12-2013 12:36 PM
rasa sian plak, byknya sebatan kena

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.064878 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top