CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dia Kena Bertaubat Kerana Berbohong !

9-12-2013 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8006| Komen: 71


Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Mokhtar Raden menggesa Ahli Parlimen (MP) Kuantan Fuziah Salleh untuk bertaubat kepada Allah S.W.T jika beliau orang Islam kerana sekali lagi berbohong dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya lagi, tidak timbul isu beliau harus meminta maaf kerana telah jelas dalam Dewan Rakyat bahawa beliau mempersoalkan keikhlasan Fuziah dalam membawa usul pengisytiharan darurat ekoran bencana banjir yang melanda bandar itu.
“Sebelum ini dia bantah Lynas dia sanggup di Kuantan berminggu-minggu buat demonstrasi tapi apabila rakyat berhadapan musibah, dia bawak dalam Dewan Rakyat usul tersebut.

“Seharusnya dia tak berada di Dewan Rakyat dan pergi ke kawasan seperti (yang dilakukan) Yang Berhormat Paya Besar. Soalan dia (dalam Dewan Rakyat) nombor satu tetapi dia tinggalkan soalan dia dan terus ke Kuantan,” katanya kepada wartawan di luar Dewan Merdeka, Pusat Dangan Dunia Putra (PWTC).

Menurutnya, Fuziahlah yang harus memohon maaf kepada rakyat Kuantan kerana bermain ‘politik murahan’.
“Saya mintak Fuziah bertaubat kepada Allah S.W.T kalau dia orang Islam sebab dia main politik murahan supaya rakyat simpati dia. Rakyat dia, dia boleh bohong tapi dia tak boleh bohong dengan saya,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, beliau sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah mengarahkan agensi tersebut menghantarkan bantuan makanan kepada mangsa banjir sehari sebelum Fuziah membawa usul tersebut dalam Dewan Rakyat.
“Ini bermakna saya betul-betul komitmen tinggi ke arah musibah rakyat bukan macam dia,” jelasnya lagi.
Menurutnya, beliau tidak kisah dihentam oleh cybertroopers Pakatan Rakyat mengenai isu ini.
“Saya bukan macam wakil rakyat yang lain. Saya tak peduli….mereka jahat, kita jahat,” kata beliau.

Semalam, PAS Pahang, seperti dilaporkan oleh portal Harakahdaily.net, menggesa Bung Mokhtar untuk meminta maaf secara terbuka kepada penduduk Kuantan kerana tindakan Bung Mokhtar dalam Dewan Rakyat seperti mempersendakan usul pengistiharan darurat yang disifatkan sebagai satu penghinaan kepada penduduk Kuantan.

PAS Pahang turut menggesa Bung Mokhtar untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana perbuatannya itu.
Dalam masa yang sama Bung Mokhtar mengingatkan PAS untuk tidak bersekongkol dengan penipuan.
“Jangan bersekongkol dengan penipuan, patut la parti mereka tak menang-menang,” tambahnya lagi. 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nobito 8-12-2013 03:29 PM
Bung mokhtar kata taubat untuk orang Islam je....pandai pulak Bung Mokhtar ni bab2 agama ye
Quote nobito 8-12-2013 03:31 PM
Sekurang-kurangnye Bung Mohktar kena la belajar moral dan berdisiplin ye...jangan tahu nak meroyan je...buat malu warga Sabah lantik pemimpin moral rendah camni
Quote chazey 8-12-2013 03:31 PM
Bung Mokhtar laki bini rambut dye nak cakap pasal Islam?

Hahahaha.
Quote chazey 8-12-2013 03:33 PM
nobito posted on 8-12-2013 03:31 PM
Sekurang-kurangnye Bung Mohktar kena la belajar moral dan berdisiplin ye...jangan tahu nak meroyan j ...

Yang lantik dia tu kompem keturunan pendatang macam dia juga.

Tempat dia di Kinabatangan rekod tuh; 70% penduduk adalah pendatang kata RCI.
Quote sok_suci 8-12-2013 03:33 PM
Bung xde fungsi dlm dewan buat kecoh je
Quote Mellyzza 8-12-2013 03:37 PM
Komitmen tinggi pada rakyat  ye abg bung....hhmmm baru je limpas Kinabatangan otw balik kota kinabalu. ..
Tgk rumah masyarakat situ..kesiannn..
Quote pata 8-12-2013 03:41 PM
blah la bung, songeh je byk.
tin kosong.. bunyi kuat tapi hampeh.
Quote lepapilon 8-12-2013 03:44 PM
salah ke kalau dia suruh fauziah balik tolong rkyat. eh konfius plak aku
Quote dani-rox 8-12-2013 03:46 PM
semoga manusia2 bongkak dan tiada hati perut hanyut dibawa arus banjir
Quote elnor_81 8-12-2013 03:46 PM
x phm..dia halau fuziah balik..tetiba dia kte fuziah blah bodo..alahai...
Quote sepiITUindah 8-12-2013 03:47 PM
sok_suci posted on 8-12-2013 03:33 PM
Bung xde fungsi dlm dewan buat kecoh je

badut...wat hilang stress

Quote Andro 8-12-2013 03:58 PM
Tambahnya lagi, beliau sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah mengarahkan agensi tersebut menghantarkan bantuan makanan kepada mangsa banjir sehari sebelum Fuziah membawa usul tersebut dalam Dewan Rakyat.
“Ini bermakna saya betul-betul komitmen tinggi ke arah musibah rakyat bukan macam dia
,” jelasnya lagi.
Menurutnya, beliau tidak kisah dihentam oleh cybertroopers Pakatan Rakyat mengenai isu ini.
“Saya bukan macam wakil rakyat yang lain. Saya tak peduli….mereka jahat, kita jahat,” kata beliau.




Dia mengarahkan Felcra pon nak digembar gembur tanda komitmen. Kalau dia betul-betul bagi komitmen dia tak perlu persendakan usul mohon bantuan banjir tu. sepatutnya dia sama-sama bagi sokongan.. barulah continuous commitment. kalau komitmen je tak cukup. Itupon tak boleh fikir pakcik neh.

“Saya bukan macam wakil rakyat yang lain. Saya tak peduli….mereka jahat, kita jahat,” kata beliau.
Lagi satu statement akal pendek dia.. macam tu ke contoh pemimpin rakyat?? Kalau wakil rakyat lain buat taik, dia pun buat taik la??



Quote batmana 8-12-2013 04:03 PM
bung mokhtar satu2 ahli parlimen yg bawa pistol dlm baju dia..
Quote SulurBidar 8-12-2013 04:04 PM
Anugerah wakil rakyat terbodoh Malaysia jatuh kepada Bung Mokhtar...

Dan anugerah manusia paling teruk jatuh kepada pengundi Bung Mokhtar
Quote iman_kasih 8-12-2013 04:05 PM
lepapilon posted on 8-12-2013 03:44 PM
salah ke kalau dia suruh fauziah balik tolong rkyat. eh konfius plak aku

tak salah...tp cara dia tu yg salah..biadab...
fuziah tu lps usul x dluluskan dia terus balik kuantan
bersama2 dgn masyarakat kuantan..
membantu apa yg patut..

org tu mintak dibahaskan supaya kuantan diisytiharkan darurat
spy bantuan dr luar dtg memcurah2 sbb kuantan dah lumpuh dh masa tu..

kaalu ko hadam betul2 benda ni...tgk video tu elok2..
xde apa yg nk confuse bagai..
Quote mybluegetz 8-12-2013 04:06 PM
Ahli Parlimen Kebinatangan

semoga dijauhi perangai mcm ni
Quote iman_kasih 8-12-2013 04:08 PM
bodoh bung ni...dh tersebar video terus spin cite pulak...tetap xnak mengaku salah..
Quote shahx 8-12-2013 04:13 PM
bung mokhtar harus minta maaf kepada rakyat sabah terutamanya kinabatangan kerana memalukan mereka dgn sikap kebudakan beliau...
Quote nazurah 8-12-2013 05:02 PM
Fungsi bung dlm dewan rakyat cuma buat bising mcm dalam sarkas jek

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045370 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top