CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singaporean Anggap Jalanraya Di Malaysia Bagaikan 'Syurga'

9-12-2013 11:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7747| Komen: 69

   

            
KUALA LUMPUR
: Meskipun kemalangan yang berlaku di KM260 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Seremban yang melibatkan tiga kereta Lamborghini berplat Singapura pada Jumaat, dianggap sebagai kes terpencil, ini bukanlah jaminan bahawa insiden yang serupa tidak boleh berlaku dan mengakibatkan impak yang besar kepada pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Harun menyifatkan kemalangan yang melibatkan kerugian yang dialami dalam kemalangan tersebut bernilai RM7.2 juta bukanlah sesuatu jumlah yang kecil tetapi ianya boleh berlaku sekali lagi jika pengguna jalan raya dari negara jiran itu mengambil sikap sambil lewa terhadap peraturan jalan raya di negara ini.

“Corak pemanduan antara negara Singapura dan Malaysia tidak mempunyai perbezaan kerana kedua-duanya mempunyai pemanduan stereng yang sama namun, sesetengah pemandu dari negara jiran itu terutamanya yang datang ke negeri Melaka menganggap jalan raya di negara ini sebagai ‘syurga’ bagi pemanduan mereka,” katanya ketika ditemubual oleh Astro AWANI.

Menurutnya lagi, mereka akan menggunakan keupayaan kereta mereka di jalan raya negara ini untuk menguji sejauh mana kepantasan dan kelajuan kereta mereka.

Ini berbalik kepada suasana jalan raya di sini yang cukup baik dan sempurna bagi mereka.

Malah, mereka juga mungkin memandang rendah penguatkuasaan undang-undang jalan raya di negara ini dan mengambil sikap tidak menghormati undang-undang di negara ini.

“Pada pendapat saya, marilah bersama-sama menghormati apa juga bentuk undang-undang supaya kita dapat menyelamatkan sekumpulan besar yang lain dari merasa runsing atau bimbang apabila berada di negara ini, lebih-lebih lagi di musim cuti persekolahan ini. Memandulah bukan sahaja dengan berhati-hati tetapi dengan hati untuk menghormati semua pihak yang lain,” katanya.

Tegasnya, di Malaysia, kempen-kempen keselamatan jalan raya tidak mengira latar belakang warganegara kerana impak kemalangan yang berlaku itu akan dirasai oleh semua pihak.

Kelmarin, tiga buah kereta mewah Lamborghini hangus terbakar dalam satu kemalangan di kilometer 260 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat Seremban.

Kemalangan melibatkan kereta yang dipercayai milik warga Singapura sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi, tiga buah daripada lima kereta jenis Lamborghini dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya.

Rempuhan itu menyebabkan berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga buah kereta.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian.

Kesemua pemandu dan penumpang bagaimanapun dilaporkan selamat.

Kerugian akibat kemalangan itu dianggarkan lebih RM7 juta.            


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambal_kicap 8-12-2013 09:50 AM
Betullah. Some of them bawak macam pelesit. Meleju je. Tapi ada je yang beretika atas jalan
Quote anishacute 8-12-2013 10:17 AM
Mana tak bagaikan surga.. beli keta mahal2 Nak bawak kat mana dlm singapore tu..  bawak berenang dlm laut je la..
Quote azrain98 8-12-2013 10:17 AM
syurga apanya kalau eksiden sakit jugak
Quote tomatome 8-12-2013 10:27 AM
macam lembu terlepas dari kandang
Quote spiderman80 8-12-2013 10:45 AM
Mat Rempit kita pun apa kurangnya? Mereka dah lama anggap jalanraya di Malaysia sebagai syurga mereka. So, sebelum korang nak hentam orang luar, cerminkan diri dulu. Adakah korang pun memang ikut law habis? Korang tak pernah melebihi had kelajuan? Korang tak pernah double parking? Korang tak pernah melanggari lampu isyarat merah?

Jangan ingat diri korang mulia suci sangat. Saya tahu saya pun pernah dan mungkin akan buat kesalahan jalanraya di masa depan, jadi saya tak mahu kutuk sesiapa, terutama orang dari luar negara. Kita sendiri pun perangai macam haram. Lagi penguatkuasaan kita pun macam lemah, siapalah orang luar nak ikut?
Quote siti_kus 8-12-2013 10:47 AM
Menyusahkan org je. Dtg sini berlumba. Kalau dia je mati xpa klu kena kereta lain skali?
Quote PathFinder@60 8-12-2013 10:53 AM
Root Cause : Attitude Of The Driver(s)
Sama Saja Either Local Or Foreigner.

Quote sahamboi 8-12-2013 10:56 AM
Alahai baiknya komen. Punyalah nak jaga hati jiran...
Quote nour2001 8-12-2013 11:01 AM
anishacute posted on 8-12-2013 10:17 AM
Mana tak bagaikan surga.. beli keta mahal2 Nak bawak kat mana dlm singapore tu..  bawak berenang dlm ...

khen.....sekali tekan accelerator dah boleh pusing satu Negara tu sbb org Singapore suka bawak laju2 kat Malaysia, jalan panjang lebar..sedap bawak keta...
Quote leman_idrus 8-12-2013 11:09 AM
dalam erti kata lain, pemandu singapura bagaikan syaitan bila memandu di jalan raya kita itu pun nak cakap berlapik bagai....
Quote BotakChinPeng 8-12-2013 11:19 AM
Orang singapura bila masuk malaysia memang jakun habis
Quote nize 8-12-2013 11:20 AM
Kalau cam tuh jalanraya di negara diorang macam dlm neraka lah...
Quote rawahah 8-12-2013 11:21 AM
spiderman80 posted on 8-12-2013 10:45 AM
Mat Rempit kita pun apa kurangnya? Mereka dah lama anggap jalanraya di Malaysia sebagai syurga merek ...

ah mmg perangai deorang mcm haram pun.. org kita baik2 aje bawak kete kat negara org..
Quote BotakChinPeng 8-12-2013 11:30 AM
Rakyat singapura macam bangla di negara sendiri. Warga kelas ketiga
Quote solstice 8-12-2013 11:36 AM
Apa susah
Kantoi kalu
Hulur lah rm
Sure setel
Mcm x biasa
Quote spiderman80 8-12-2013 11:36 AM
BotakChinPeng posted on 8-12-2013 11:30 AM
Rakyat singapura macam bangla di negara sendiri. Warga kelas ketiga

Ko ni dah makan ubat ke belum? Nurse saya cakap ko belum datang ke klinik saya semalam. Dah pasti ko mesti tengah datang bulan sedang berfantasi dalam dunia sendiri sebab ubat dah habis.
Quote BotakChinPeng 8-12-2013 11:41 AM
spiderman80 posted on 8-12-2013 11:36 AM
Ko ni dah makan ubat ke belum? Nurse saya cakap ko belum datang ke klinik saya semalam. Dah pasti  ...

aku potong clicic gatal lahanat ko . Agar ko tak boleh datang bulan lagi
Quote spiderman80 8-12-2013 11:43 AM
solstice posted on 8-12-2013 11:36 AM
Apa susah
Kantoi kalu
Hulur lah rm

Dan rm itu akan diterima dengan hati yang penuh gembira.
Quote spiderman80 8-12-2013 11:43 AM
BotakChinPeng posted on 8-12-2013 11:41 AM
aku potong clicic gatal lahanat ko . Agar ko tak boleh datang bulan lagi

Kesian ko datang bulan masih sempat nak bergurau.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.043192 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top