Aktiviti tidak bermoral pusat hiburan itu bagaimanapun terbongkar hasil maklumat awam dan risikan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman. Berikutan itu, operasi diketuai Inspektor Mohamad Mohd Jais bersama empat pegawai dan 18 anggota menyerbu pusat hiburan itu jam 3 pagi semalam. “Seramai 350 pengunjung diperiksa. Hasilnya, daripada jumlah itu seramai 190 remaja bawah umur berusia antara 16 hingga 20 tahun ditahan. “Kita turut menahan seorang remaja lelaki yang mempunyai rekod dikehendaki polis atas kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun,” katanya. Beliau berkata, turut ditahan enam wanita Indonesia yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO). Mohamad berkata, pusat hiburan berkenaan akan dikenakan tindakan kerana disyaki melanggar peraturan lesen pusat hiburan dan membenarkan remaja bawah umur memasuki premis itu selain beroperasi lebih masa. Difahamkan, pusat hiburan itu menjalankan operasi seawal jam 6 petang hingga melebihi jam 3 pagi dan sering dikunjungi remaja bawah umur, terutama pada malam minggu. Katanya, pihaknya akan memaklumkan perkara itu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tindakan selanjutnya.
|
sahamboi posted on 8-12-2013 11:00 AM
Daripada tahan pengunjung remaja tu baiklah polis penjarakan terus pemilik2 disko tu. Selagi pemilik ...
BurningTimes posted on 8-12-2013 01:11 PM
Anak-anak celaka didikan mak bapak felda pprt umno lah ini. Baca berita sahaja udah tahu hampir semu ...
AdamBillionaire posted on 8-12-2013 10:17 AM
tongkatrawan cukup2 lah buat multinick buka thread baru
ADVERTISEMENT