CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kawin Umur 15, 16 Tahun Nikah

9-12-2013 10:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16985| Komen: 138



Muhamad Haikal Farith  (dua dari  kiri), bersama isterinya   Nur Hazwani,  (dua dari kanan) pada majlis perkahwinan mereka.      


Shah Alam: “Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun.
“Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah.      

Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin.      
      
Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000.

Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda.

Semangat membara

Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia.      
Beliau tidak melihat kegagalan perkahwinan pasangan remaja yang berakhir kurang setahun, sebagai perkara yang menakutkan.

“Walaupun masih muda, saya berusaha menjadi suami terbaik dan memastikan rumah tangga didirikan kekal hingga ke akhir hayat. Memang ramai memandang sinis, tetapi kami akan berusaha membuktikan usia bukan jaminan kebahagiaan.

Keluarga beri sokongan

“Setakat ini keluarga dan adik beradik banyak memberi semangat. Usia muda bukan penghalang untuk jadi suami terbaik dan saya akan buktikan,” tegasnya ketika ditemui membawa pasangannya menziarahi rumah saudara mereka di sini, semalam.

Muhammad Haikal yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu, membantu perniagaan bapanya yang juga seorang kontraktor binaan.

Mohd Shah berkata, walaupun sudah berkahwin, namun anak dan menantu akan tinggal bersama keluarganya, sementara menantunya akan terus bersekolah.

Bulan lalu, BH mendedahkan perkahwinan sepasang remaja berusia 19 dan 12 tahun, berakhir dengan perceraian seminggu sebelum ulang tahun pertama mereka.                                


Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jahcomel 9-12-2013 08:35 AM
selamat pngantin baru dik...smoga kekal bhagia hingga hujung nyawa...dik tanggungjwb dlm umahtangga ni besar tau,jgn main2 tau...lo ni leh la ckp mampu lh,btanggungjwb lh....pas ni baru lh tau...
Quote haryatie 9-12-2013 08:46 AM
lagik pasangan kahwin muda2...
dia org ni da fikir abis2 ker..
ingat main pondok2 ..ataupun setakat nak menghalalkan hubungan..
belum kahwin, belum duduk bersama banyak la angan2 ..semua benda rasa mampu nak buat..
kalau setakat mampu bercakap..smua org boleh bercakap kecuali org bisu..
nak tau mampu  x mampu suruh dia org berdikari..x yah duk menumpang parents..
apa2 pun smoga berbahagia & berkekalan..
Last edited by haryatie on 9-12-2013 08:55 AM

Quote shachihata33 9-12-2013 08:48 AM
Aameen...

Walaupun rasa nak gelak , tp doakanlah semoga betul2 ko punye azam tu dik.
Quote twins 9-12-2013 08:50 AM
semoga cita2 adik ni nak membina keluarga bahagia dengan ister & anak2 nanti termakbul...yang penting kena berusaha bersungguh2 untuk mengekalkan kebahagiaan... dalam rumahtangga ni macam2 masalah & perbalahan suami isteri akan timbul... semoga dapat tanganinya dengan sebaik2nya...semoga kedua2 keluarga sama2 membantu pasangan muda ni...
Quote ushioz 9-12-2013 08:51 AM
err. hujung 2014. RM0.20

Quote clarizsa 9-12-2013 08:51 AM
anak kontraktor... kaya la kot bdk ni.. skolah pn dh berhenti... hrp isteri tu berjaya teruskan belajar smpai abis la ye.. pastu klu nnti bercerai ke, xyah nk gedik wat cerita bini curang or laki perogol.. sekian..
Quote bmw_e34 9-12-2013 08:54 AM
Kalau awal tahun 1900 , kawen umur belasan tahun adalah normal. Cuba tanya nenek korang kawen umur berapa ?
Quote annehuda 9-12-2013 08:56 AM
brape tahun la agaknye pasangan ni akan kekal?

eh jahatnye aku ckp mcm ni
Quote haryatie 9-12-2013 08:56 AM
clarizsa posted on 9-12-2013 08:51 AM
anak kontraktor... kaya la kot bdk ni.. skolah pn dh berhenti... hrp isteri tu berjaya teruskan bela ...

hahaha...aduhai...
ngah suka smua indah2...smua mampu..
da x suka smua bagai nak mampus...
Quote bottombikini 9-12-2013 08:57 AM
hmmmmm..suka hati lah
Quote wajaman 9-12-2013 08:57 AM
yaaa,tahun dpn mengandung pastu beranak camna mao amek SPM???
Quote huji 9-12-2013 08:59 AM
Umur macam tu tak yah kira kawin lagi lor...  
Quote shahx 9-12-2013 08:59 AM
muka pengantin laki tu tak ceria langsung, same gak dgn budak kawen muda yg dah cerai tu. tak ceria langsung...
Quote amyainsamad 9-12-2013 08:59 AM
ank kontraktor...
Quote clarizsa 9-12-2013 09:01 AM
haryatie posted on 9-12-2013 08:56 AM
hahaha...aduhai...
ngah suka smua indah2...smua mampu..
da x suka smua bagai nak mampus...

hehe.. masih teringat kes minah kulim mangsa rogol / bini curang kna talak 3... beria nikah mda cmni gak la.. menyampah..
Quote fire_place 9-12-2013 09:01 AM
Selamat pengantin baru.
Harap matangkn pikiran.

Nenek aku umur 13 tahun dh kawin dulu.
Dia siap cite sbb bodoh2 masa tu..
Mak dia suruh dia tido dgn suami,dia xnk.
Katany takut.yelah org xkenal.smpai umur
16 tahun,xda anak..mak dia ugut kalo xda ank..
Dia mati jgn tgk( dialog biasa org zamn dulu)
Pernh cerai sekali sblum dpt ank..aku syak psl degil xnk tido sama
Nenek aku ckp dia ada suka org lain gak..tp bersama semula dgn suami lps cerai
Dlm pada suka xsuka anak pun bbelas org
Quote chaoyunjie 9-12-2013 09:06 AM
Mudah2an kekal bahagia hingga ke akhir hayat...
Tahniahhhh...
Quote Mulan 9-12-2013 09:08 AM
ushioz posted on 9-12-2013 08:51 AM
err. hujung 2014. RM0.20

eh.. tak baiklaa .. doposen tu harommm...

Quote mitnick 9-12-2013 09:09 AM
stress muka pengantin... hrp2 xkuar cerita bukan2 dikemudian hari... semoga berbahagialah

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.040381 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top