CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengeluaran Honda Ex5 Dihentikan-Selamat Tinggal.

6-12-2013 03:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14809| Komen: 30

Honda EX5 Dream 110 ganti ‘Raja Kapcai’


Kuala Lumpur: Boon Siew Honda Sdn Bhd (Boon Siew Honda) mengumumkan jenama motosikal ikoniknya Honda EX5 Original akan dihentikan pasarannya di peringkat tempatan selepas 26 tahun menjadi ‘Raja Kapcai Malaysia’ bagi mematuhi panduan Forum Sedunia untuk Pengharmonian Peraturan Kenderaan (WP.29) yang bersidang di bawah Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Eropah (UNECE).

  Syarikat itu berkata, pengeluaran motosikal yang menggunakan kod C100 dan C100MB itu akan ditamatkan secara rasmi berkuatkuasa 31 Disember 2013 dan ia diganti oleh Honda EX5 Dream 110 baharu yang dilancarkan pada Julai lalu.    “Honda EX5 Original sudah menyediakan pelbagai peluang perniagaan kepada semua rakan niaga dan pengedar motosikal Boon Siew Honda sejak lebih dua dekad lalu dan turut menyumbang daripada aspek mobiliti kepada pelanggan serta komuniti dalam pelbagai lapisan masyarakat,” katanya pada satu kenyataan, di sini, semalam.

  Boon Siew Honda berkata, Honda EX5 Dream 110 baru mengekalkan penampilan klasik model sebelumnya secara keseluruhan dan ia dilengkapi dengan ciri dipertingkatkan seperti enjin 110cc Standard Euro 2 yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak satu peratus dengan kecekapan bahan api 53.6 kilometer/liter, tangki minyak empat liter lebih besar, tayar dan tempat duduk lebih lebar dan suspensi lebih lasak.


“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan niaga dan pengedar, pihak media dan paling utama, pelanggan yang terus memberi sokongan dan kami amat menghargai jalinan persahabatan dengan semua pemegang saham dan amanah harta. Kami berharap agar dapat melangkah ke depan dengan sokongan semua pihak kepada model baru ini,” katanya.

8

Bagus
5

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
3

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Muntz 6-12-2013 10:11 AM
Motosikal rasmi rempit sejagat.
Quote qish8484 6-12-2013 10:12 AM
WHAT????
habis moto apa lagi yg mampu milik lepas nie.
hanya honda ex5 jer moto yg harga paling berbaloi


AKU KECEWA DENGAN PERANGAI KAU..
Quote Innrukia 6-12-2013 10:13 AM
Dulu pernah try nak bawak ex5, tp x sampai kaki...tinggi ex5 ni compare ngn aku yg katik ni
Quote benzo33 6-12-2013 10:16 AM
Quote nota-putih 6-12-2013 10:34 AM
qish8484 posted on 6-12-2013 10:12 AM
WHAT????
habis moto apa lagi yg mampu milik lepas nie.
hanya honda ex5 jer moto yg harga paling b ...

ex5 still ada la bro..tapi model baru ..yang xdak tuh yang design zaman berzaman tuh..design baru dah kurenngg cantik...
Quote gaara_X 6-12-2013 10:34 AM
ex5 Dream tak sehebat ex5 ori......
Quote taji2906 6-12-2013 10:36 AM
ex5 ni la motor paling tahan lasak...
Quote cheida_mymee18 6-12-2013 10:54 AM
raking moto dicuri zaman aku stdy dulu honda ex5 lew..
hihihi
lageng gak moto nih
Quote supernaturalee 6-12-2013 11:07 AM
Innrukia posted on 6-12-2013 10:13 AM
Dulu pernah try nak bawak ex5, tp x sampai kaki...tinggi ex5 ni compare ngn aku yg katik ni

brapa tinggi ni?3 kaki?
ala, beli moto mini tu jek

Quote Innrukia 6-12-2013 11:21 AM
supernaturalee posted on 6-12-2013 11:07 AM
brapa tinggi ni?3 kaki?
ala, beli moto mini tu jek

5 kaki la.... Tak naik motor ler arwah ayah aku ckp bahaya naik moto.
Quote ais_kosong 6-12-2013 11:25 AM
moto legend
Quote dhafir 6-12-2013 11:25 AM
beli motor ni cukup abis bayar sudah dicuri oleh malaun.
Quote johnazizul 6-12-2013 11:32 AM
Aduhl..,camne nak rempit...
Quote AHMADVW 6-12-2013 11:36 AM
wa smpt pkai 5 biji ex5, kualiti bettter than proton
Quote alisyadania 6-12-2013 11:38 AM
nota-putih posted on 6-12-2013 10:34 AM
ex5 still ada la bro..tapi model baru ..yang xdak tuh yang design zaman berzaman tuh..design baru  ...

harga pun murah sket..family aku dah ada banyak bijik ex5. tp duk bertukar tgn ja.. yg tinggal sebijik kt aku..sebijik duk dalam bangsal kt kampung (adik jahanamkan). pak aku pkai honda cup yg lampu signal empat segi terekeluaq tu + ex5 yg baru
Quote ctcham 6-12-2013 11:41 AM
moto honda mmg tahan lasak...naik anak-beranak hangkut brg2 pun boleh...rider yg hantar brg pun mmg byk pakai moto ex 5...
Quote chaintea 6-12-2013 11:42 AM
EXF C100...ala..motor idaman tuh

balik pi Chun Motor nk booking

Quote supernaturalee 6-12-2013 12:02 PM
Innrukia posted on 6-12-2013 11:21 AM
5 kaki la.... Tak naik motor ler arwah ayah aku ckp bahaya naik moto.

xpendek mana pun
pendek lg kak melah...eh??

Quote noell 6-12-2013 12:04 PM
kalo dah stop malaun nak curi moto apa plak???moto nilah paling hot item of the century bagik penyangak2

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051735 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top