Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan berangkat melawat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dirawat di hospital swasta di sini. Keberangkatan tiba baginda bersama-sama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 10 pagi disambut oleh para pegawai Kementerian Pertahanan dan Hospital Gleneagles. Seri Paduka berdua meluangkan masa selama setengah jam dengan Hishammuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan, sebelum berangkat pulang. Hishammuddin, 52, dimasukkan ke hospital itu pada Isnin lalu bagi menjalani prosedur angioplasti setelah disahkan mengalami masalah saluran arteri sempit. Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dikesan mengalami masalah jantung
|
ADVERTISEMENT