SHAH ALAM - Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini, menyifatkan kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 nanti sebagai tidak munasabah sekaligus akan membebankan rakyat.
Menurutnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini, telah melaporkan keuntungan yang tinggi, namun agak mengejutkan apabila tarif elektrik tetap dinaikkan dengan kadar yang sangat drastik. “TNB melaporkan keuntungan yang tinggi malangnya tarif eletrik tetap naik dengan drastiknya. “...tahun 2014 tarif elektrik baru bermula.. 2015 GST bermula.. rakyat Malaysia sentiasa ceria dengan kenaikan yang pelbagai. Gambar hiasan “Jika bulan lepas gula dikurangkan subsidi kerana hendak mengelakkan rakyat kencing manis.. kini tarif elektrik dinaikkan untuk mengurangkan penyakit apa pula?” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya. Semalam Bernama melaporkan subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/KWJ, berkuat kuasa 1 Januari 2014. Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen/KWJ.
|
apitkl posted on 3-12-2013 08:26 PM
Tol pun nek jugak taun depan............syukur malaysia masih aman
clarizsa posted on 3-12-2013 08:30 PM
letrik naik baguss.. menggalakkan candle lite dinner, xyah psg kipas,aircond bdn panas berpeluh bgus ...
clarizsa posted on 3-12-2013 08:32 PM
dgr cerita,gaji para menteri pun naik... xtaula betul ke x.. seiringla dgn segala mcm naik..
AdsMsia posted on 3-12-2013 08:34 PM
setuju
kalo berploh2 baru la sihat tubuh badan
badan sihat otak cerdas
FlowerGirl posted on 3-12-2013 10:42 PM
Betul tu. Aku nk tahu gak. Naikkan letrik sbb nk kurangkan sakit apa? Renjatan elektrik?
ADVERTISEMENT