CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Angkara Babi Hutan

14-10-2021 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3986| Komen: 10

Baling: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh seekor babi hutan di Kampung Keda Sadek, Jalan Kampung Sadek-Kupang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.10 tengah malam, mangsa, Zainal Abidin Jaafar,34, dari Kampung Tanjung, Kupang di sini yang bekerja sebagai buruh meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari Kampung Sadek menghala ke Kupang di sini.

Foto: IG

“Apabila sampai di tempat kejadian, seekor babi hutan melintas dari kiri ke kanan jalan menyebabkan mangsa terlanggar binatang tersebut.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami cedera parah dan  disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Shamsudin ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Daerah Kulim untuk bedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raxief 14-10-2021 01:38 PM
salam takziah.. babi hutan ni kalau melintas, mmg tiba2 je muncul
Quote KIM.K 14-10-2021 01:41 PM
raxief replied at 14-10-2021 01:38 PM
salam takziah.. babi hutan ni kalau melintas, mmg tiba2 je muncul

Undang2 skrg kalau ada tanah kena cerahkan.
Gomen akan lelong tanah tu kalau berlaku serangan babi hutan macamni.
Perhilitan pun malam2 tembak babi di ceruk kampung
Quote Nnasda53 14-10-2021 04:06 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Quote Jitu 14-10-2021 06:38 PM
Innalillah...

aku pun baru kena habis pecah no plate dgn spotlight smpi menyembur cecair2 dr haiwan tu kat cermin
mmg melintas tiba2 nak brek pun tak sempat
Quote edayildiz 14-10-2021 06:42 PM
innalilah..kesian arwah dan babi tu..tp i pernah baca babi suka kejar org lelaki kan..
Quote Firenzza 14-10-2021 09:07 PM
edayildiz replied at 14-10-2021 06:42 PM
innalilah..kesian arwah dan babi tu..tp i pernah baca babi suka kejar org lelaki kan..

Tu babi gayah.....
Quote edayildiz 14-10-2021 09:17 PM
Firenzza replied at 14-10-2021 09:07 PM
Tu babi gayah.....

ohh mcm tu..euww buruk kan forum baru ni
Quote Firenzza 14-10-2021 10:03 PM
edayildiz replied at 14-10-2021 09:17 PM
ohh mcm tu..euww buruk kan forum baru ni

Dulu2 pun porumer kecam bila tukar format baru, tp lama2 jd biasa kot.....
Quote kakikuDibibirmu 14-10-2021 11:06 PM
KIM.K replied at 14-10-2021 01:41 PM
Undang2 skrg kalau ada tanah kena cerahkan.
Gomen akan lelong tanah tu kalau berlaku serangan bab ...

Tembak babi

[youtube]JQm9sXYF7Bk[/youtube]
Quote keane.somewhere 15-10-2021 12:31 AM
Alhamdulillah sepanjang duduk kampung tak pernah kena sondol babi...tengok Babi melintas memang selalu.

Petuanya, kalau bawa motor jangan bawa laju2...nyalakan lampu tinggi setiap masa di jalan kampung, dan rendahkan kalau ada kenderaan lain berselisih.

Babi menyeberang jalan sebab dia nampak cerah bila jalan bersuluh dengan lampu kenderaann.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.062459 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top