Seorang kru produksi filem maut manakala tiga lagi rakannya parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan, kira-kira pukul 1.15 tengah hari Rabu.
Dalam nahas yang berlaku di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, di Setiu, mangsa, Muhammad Nurshamril Abdul Malek mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Sementara itu tiga penumpang lain iaitu Kamarul Anuar Mohamed Nasir, 39, dari Petaling Jaya, Selangor serta Amir Daniel Suhaimi, 23, dari Kuantan, Pahang mengalami keretakan pada tulang di bahagian leher manakala Nur Azizi Nazril Abd Aziz, 26, dari Kuala Lumpur putus tangan kiri. Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, nahas berlaku apabila kenderaan Perodua Alza dipandu mangsa berusia 27 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tunggul kayu pada bahagian kiri jalan menghala ke Kuala Terengganu.
Beliau berkata, mangsa bersama tiga lagi rakan sekerja ketika itu dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur. "Mangsa yang ketika itu berada dalam kenderaan dikeluarkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu. "Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut," katanya. Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI Sumber: Sinar Harian
|
DARSITA replied at 14-10-2021 09:46 AM
Innalillahi wainna ilaihi roji'uun. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini. Kpd rakan raka ...
Suchi replied at 14-10-2021 03:39 AM
Kru produksi syarikat aziz m osman.
Aziz naik keta lain, anak dia pun ada jd krew gak satu keta nga ...
Guccibamboo replied at 14-10-2021 11:57 AM
Jln kota bharu-setiu ni hehati lah kome yg x biasa lalu....jgn laju...jln sempit bengkang bengkok.
...
ADVERTISEMENT