CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selangor `Up' Kan Insentif Kawin Dari Rm400 Ke Rm500 !

2-12-2013 12:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5220| Komen: 25


PENGANTIN berlainan bangsa (dari kiri) Kanesan Sinnan, Tuvashini Pandian, Hakeemullah Ismail, Nurul Izzati Anuar, Raymond Hui dan Jess Heng.

SHAH ALAM, 1 Disember : “Bukan sedikit perasaan gementar yang perlu saya hadapi apabila dinikahkan di depan ribuan hadirin termasuk keluarga dan saudara mara, tapi ini adalah pengalaman berharga yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila,” kata Muhamad Izwan Saharin, 25.


Muhamad Izwan selamat diijab kabul dengan pasangannya Nur Bariah Zakariah, 20, sempena Majlis Perkahwinan Perdana Belia Selangor 2013, di sini, semalam, bersama empat lagi pasangan pengantin.


Beliau berkata, pengalaman meraikan hari bahagia yang diperoleh ini bukan saja begitu bermakna untuknya dan isteri, malah lebih menggembirakan ia diraikan bersama empat lagi pasangan yang turut dinikahkan semalam.


Katanya, pada mulanya beliau dan isteri merancang bernikah awal tahun depan, namun  dibatalkan kerana kerajaan negeri mempelawa mereka menyertai majlis perkahwinan perdana.


   “Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, saya dan isteri teruja bila ditawarkan menjadi antara lima pasangan yang akan dinikahkan secara beramai-ramai hari ini (semalam) selain beberapa kelengkapan perkahwinan turut ditaja.


“Walaupun gembira, tanggungjawab yang akan dipikul kelak selepas berkeluarga jauh lebih berat dan saya dan isteri berharap kami dapat menempuhnya dengan tenang,” katanya yang juga pekerja di hospital swasta.


Turut diraikan dalam majlis itu ialah 40 pasangan lain termasuk satu pasangan Cina dan India yang dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya turut mengumumkan penambahan pemberian insentif RM500 mulai tahun depan berbanding RM400 sebelum ini kepada pasangan belia negeri ini yang mahu mendirikan rumah tangga.


   “Program Perkahwinan Belia memberi peluang kepada pasangan muda mengurangkan kos perbelanjaan kerana sebahagian kos perbelanjaan perkahwinan ditanggung kerajaan negeri dan syarikat swasta,” katanya.

5

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote roy3 1-12-2013 08:09 AM
Aritu nk masuk u tmbh insentif..kali ni kawin pulak..huh mmg aman2 aja bwh pr..dlu bwh parti rasis umno asyik disuruh brsyukur ajalast2 depa songlap..rakyat dibg penyapu
Quote purpledesire 1-12-2013 09:51 AM
wahhh..untungnya..apapun selamat pengantin baru..
Quote annehuda 1-12-2013 09:56 AM
RM500 tu dpt beli ape je pun? la ni blanja kawen habeh beribu2 gak
Quote lilacomot 1-12-2013 09:59 AM
ok  laa tu kn..dari xde
Quote tongkatwaran75 1-12-2013 10:00 AM
annehuda posted on 1-12-2013 09:56 AM
RM500 tu dpt beli ape je pun? la ni blanja kawen habeh beribu2 gak


anne...ko bank in RM500 kat akaun aku...
mampo?

Quote mat@bronok 1-12-2013 10:02 AM
harap masa khir toyo jadi mb sngor, subsidi tempe pun takde
Quote annehuda 1-12-2013 10:03 AM
tongkatwaran75 posted on 1-12-2013 10:00 AM
anne...ko bank in RM500 kat akaun aku...
mampo?

ko sape nk suruh aku bank in RM500 kt ko ni????   

Quote tongkatwaran75 1-12-2013 10:10 AM
annehuda posted on 1-12-2013 10:03 AM
ko sape nk suruh aku bank in RM500 kt ko ni????

aku dgn ko takde kaitan...
pertalian maya sebagai forumer je kot...

tapi kenape melenting?
RM500 je kot...bukan bole beli pepe sgt pun?
Quote annehuda 1-12-2013 10:14 AM
tongkatwaran75 posted on 1-12-2013 10:10 AM
aku dgn ko takde kaitan...
pertalian maya sebagai forumer je kot...

kalau aku kaya pun, aku tak bodoh nk kasi duit kt org lain especially org yg aku tak kenal n takde hubungan persaudaraan ngan aku. baik aku belanja utk diri aku sendiri. beli baju ke, beli bra victoria secret ke, berbaloi gak dr kasik kt org.
Quote MawiMawas 1-12-2013 10:23 AM
tongkatwaran75 posted on 1-12-2013 10:10 AM
aku dgn ko takde kaitan...
pertalian maya sebagai forumer je kot...

ko jolok kuat sgt bro, mana org tak menjerit
Quote tongkatwaran75 1-12-2013 10:27 AM
MawiMawas posted on 1-12-2013 10:23 AM
ko jolok kuat sgt bro, mana org tak menjerit

manade...
wa bru gesel, dia dh jerit...
mana wa tau dia pengeli...
Quote LauraRichis 1-12-2013 10:29 AM
Lepaslah nak bayar deposit katering ni. Alhamdulillah bestnyaa jd org Selangor hihi
Quote kaishi 1-12-2013 10:31 AM
alhamdulillah rezeki orang2 selangor

orang johor, lain2 ni bila plak???

Quote mak_wa95 1-12-2013 10:33 AM
tongkatwaran75 posted on 1-12-2013 10:27 AM
manade...
wa bru gesel, dia dh jerit...
mana wa tau dia pengeli...







baru tau ha......
jerat diri sendiri....
Quote mak_wa95 1-12-2013 10:36 AM
tongkatwaran75 posted on 1-12-2013 10:10 AM
aku dgn ko takde kaitan...
pertalian maya sebagai forumer je kot...

che ta yang kayes pun minta sponser juga...
tu cara minta sedekah orang kaya...
ni orang biasa2 xde nama 500 dah cukup besar..
BR1M seratus pun beratur berjela nak ambik....
macai...macai...
Quote ibu_haritz 1-12-2013 10:41 AM
Dua pupu aku join nikah perdana ni smlm..rezeki betul..
Quote alepmama 1-12-2013 11:11 AM
yelah bagi orang mcm kau yg mampoo beli bra VS boleh la cakap 500 tu xde apa apa nilai, berapa sen benar.

Tp bg org yg memerlukan besar nikmat 500 elaun tu, di tambah majlid kawen free

lain kali cakap pandang2 sikit, tak semua org mampu mcm kau, Allah nak tarik nikmat bra VS ko tu kejap je kak..

Sekian
Quote nour2001 1-12-2013 11:29 AM
ni nak redakan kepanasan hati org Selangor pasai kenaikan tinggi gaji mb,adun etc ni ke...hehe..
apa2pun syukur macam2 rakyat Selangor dpt...gaji/elaun guru kafa pun dah naik..
alhmdulillah...
Quote HannahMontana 1-12-2013 11:34 AM
annehuda posted on 1-12-2013 10:03 AM
ko sape nk suruh aku bank in RM500 kt ko ni????

dia nak suruh ko mohon insentif tu lah Anne...dgn harapan ko lah perigi yg mencari tongkat itu...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.138670 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top