Penyampai radio Hot FM, Imran Aqil yang juga bekas teman lelaki kepada tunang Yonnyboii mengakui terkejut dengan berita pertunangan penyanyi berkenaan.
Imran, 22, berkata, walaupun perit, namun dia mendoakan kegembiraan bekas kekasihnya, Nik Nazira dan Yonnyboii yang bakal berkahwin tahun depan. "Kami sebenarnya berkawan bermain 'game' bersama, jadi apabila putus cinta pada 9 September lalu, tidak sangka mereka akhirnya mengikat tali pertunangan. "Walaupun hampir dua tahun menyulam cinta, namun kami tidak ada jodoh. Saya memilih untuk tidak membuka lagi kisah lalu dan memandang ke depan. Saya doakan mereka berbahagia, cuma buat diri saya, beri sedikit ruang dan masa," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT