New York: Sebuah keluarga di Amerika Syarikat (AS) yang menggelarkan diri mereka sebagai 'The Sopranos', berkomplot mencuri kereta bernilai 700,000 Pound Sterling (kira-kira RM3.93 juta).
New York Post melaporkan, ahli keluarga itu juga dengan bangganya memuat naik gambar kenderaan dicuri di Facebook (FB) dan perkara itu didedahkan seorang pendakwa raya di AS. Kumpulan itu terdiri daripada 11 ahli termasuk seorang lelaki dengan tatu Nike di dahinya, turut didakwa melakukan penstriman langsung aktiviti jenayah itu di media sosial. Pendakwa raya memberitahu mereka bekerja secara berpasangan ketika melakukan kegiatan jahat itu.
Ketika satu pasangan memecahkan kunci dan menghidupkan enjin dengan pemutar skru, pasangan lain akan bersiap sedia untuk melarikan kenderaan. Mereka juga memasang plat nombor yang berbeza untuk menyembunyikan kenderaan yang dicuri. Keluarga penjenayah dengan beraninya menjual barangan curi itu di FB. Juri di Denver, Colorado diberitahu bahawa kumpulan itu juga akan menggunakan kad kredit yang terdapat di dalam kereta yang dicuri untuk membeli barangan. Ahli keluarga itu, terdiri daripada lelaki dan wanita berusia antara 21 dan 42 tahun, menggunakan wang hasil aktiviti haram itu bagi mendapatkan bekalan dadah termasuk fentanil, heroin dan syabu. Pejabat Peguam Daerah Denver memaklumkan kesemua tertuduh berkongsi maklumat dan teknik untuk menyempurnakan misi curi kenderaan dengan cepat. "Mereka juga dituduh saling menunjuk kehebatan satu sama lain dalam kegiatan curi kenderaan di FB. "Mereka juga menggunakan FB untuk mengkoordinasikan jenayah dan mengelak daripada tertangkap. "Selain itu, mereka juga melakukan penstriman langsung aktiviti jenayah itu melalui FB dengan ahli keluarga lain memberikan dorongan," katanya. Susulan penahanan, kesemua suspek berdepan 91 pertuduhan dan didakwa mengikut undang-undang jenayah terancang Colorado. -CARI Sumber: Harian Metro
|
eyansss replied at 13-10-2021 09:11 AM
credit card tinggal dalam kereta? wow, confident betul...
belilies replied at 13-10-2021 09:19 AM
Sbb keta tu masih hidup (puffers) masa derang curik..
Mooverine replied at 13-10-2021 09:02 AM
Yang nombor 4 row atas tu... pompuan ke laki ya..
eyansss replied at 13-10-2021 09:22 AM
aah la... tak terfikir tang tu...
ADVERTISEMENT