CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adira Tak Sempat Temukan Anak Bongsu Kepada Keluarga Akibat Pandemik

7-10-2021 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4346| Komen: 9

Penyanyi, Adira Suhaimi, 30, merindui keluarganya di Ranau, Sabah selepas hampir dua tahun tidak bertemu berikutan penularan pandemik COVID-19.

Adira berkata, dia berharap pandemik COVID-19 segera berakhir agar dapat pulang bertemu keluarga.


Foto: IG
"Kali terakhir saya pulang ke Ranau pada 2019, jadi sudah dua tahun saya tidak bertemu keluarga.

"Mungkin sukar nak tunggu pandemik COVID19 berakhir, jadi saya berharap pandemik dapat berkurangan agar saya boleh balik ke kampung halaman.

"Namun, di sebalik pandemik ada hikmah tersembunyi. Sebelum ini, saya jarang bertanya khabar dengan adik beradik, hanya bercakap dengan ibu, setiap hari.


"Tetapi, hubungan saya dan adik beradik kian rapat sejak pandemik. Boleh dikatakan kami membuat panggilan video hampir setiap hari. Alhamdulillah, ada platform yang membolehkan merapatkan hubungan jarak jauh," katanya kepada BH Online.



Penyanyi yang popular menerusi lagu Ombak Rindu dan Takdir Tercipta itu berkata, anak bongsunya, Anggun, belum mempunyai kesempatan bertemu dengan keluarganya di Ranau.

"Cucu bongsu ini belum berkesempatan bertemu ibu dan ahli keluarga saya. Anggun dilahirkan pada 2019 dan saya mahu tunggu Anggun besar barulah naik kapal terbang, tetapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Anggerik dan Asan sudah pernah berjumpa pada Aidilfitri, tiga tahun lalu. Sebenarnya, saya sudah boleh merentas sekiranya dapat kebenaran, tetapi risaukan anak-anak masih kecil," katanya.




Dalam perkembangan lain, Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi berkata, dia kini fokus pada perniagaannya, Soo Puteh yang diusahakan sejak empat bulan lalu dan akan kembali merakamkan lagu baharu sekitar tahun depan.

"Saya bersyukur mempunyai syarikat pengurusan, Nova Music yang sangat membantu. Sebelum PKP tahun lalu, saya ada merakamkan lagu runut bunyi bagi drama dan dikeluarkan pada awal tahun ini.

"Alhamdulillah, sampai sekarang lagu Kesempatan Bagimu dimainkan dan masih dalam carta Muzik-Muzik. Jadi, saya tidak rasa ia masa yang sesuai untuk mengeluarkan lagu baharu lagi.



"Kerana saya masih boleh mempromosikan lagu baharu di stesen televisyen dan stesen radio. Meskipun boleh mempromosikan dalam atas talian, tetapi perasaan tidak sama.

"Jadi, mungkin lagu baharu saya akan dihasilkan pada tahun hadapan, insya-Allah," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 7-10-2021 02:00 PM
{:question{:question{:question
Quote ais_kosong 7-10-2021 02:30 PM
comel anaknya..
Quote Cenderakirana9 7-10-2021 02:35 PM
Adira ni buat rawatan apa sampai putih sangat? Drip vitamin c ke
Quote KIM.K 7-10-2021 02:50 PM
Muka toklaki versi borneo
Quote KIM.K 7-10-2021 02:51 PM
Cenderakirana9 replied at 7-10-2021 02:35 PM
Adira ni buat rawatan apa sampai putih sangat? Drip vitamin c ke

Sheol sblm kawin popular sbb consume satu beauty supplement. Lupa nama pil pemutih tu
Quote jortegaa3289 7-10-2021 04:16 PM
I needed to thank you for this great read!! I certainly partaking in every smidgen of it and furthermore bookmarked to look at new informative data in you post
Quote Cenderakirana9 7-10-2021 04:17 PM
KIM.K replied at 7-10-2021 02:51 PM
Sheol sblm kawin popular sbb consume satu beauty supplement. Lupa nama pil pemutih tu

Ooo ingat tu. But jujurnya i tak rasa dia putih semata sebab supplement. Supplement pemutih ni betul2 menjadi ke?
Quote nakkomenjugak 7-10-2021 10:12 PM
Comelnya anak2 sheol
Nasib tak menurun muka apak
Quote eely_shana 7-10-2021 10:37 PM
comel anak2. nnti dpt lah tu balik kampung

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.112519 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top