Pelakon, Norman Hakim berkongsi anak terunanya, Danish Hakim yang kini berusia 22 tahun mula bertanya mengenai umur yang sesuai untuk mencari pasangan hidup.
Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 45, menyarankan kepada anak lelakinya itu untuk mencapai cita-cita terlebih dahulu dan menyerahkan selebihnya kepada Allah SWT. "Kali ini, abang Danish memetik mengenai teman hidup. Yang mana dia bertanya sama ada perlu ke pada usianya untuk mencari pasangan hidup? Itu topik utama pada hari ini. "Untuk memendekkan cerita, pada penghujung perbualan saya meminta Danish untuk fokus kepada impian dan cita-cita terlebih dahulu kerana pasangan yang tepat akan muncul apabila tiba masanya.
"Walau apapun, keputusan dan pilihan terletak pada tangan Danish. Mohon bantuan dan petunjuk dari Allah SWT. Maka, berakhirlah perbualan kami pada hari ini. "Kami jika duduk bersembang 18 jam pun tak pernah cukup. Perbualan kami juga mengenai pelbagai topik dan tidak berbatas kerana antara ayah dan anak," katanya.
|
namr replied at 5-10-2021 05:45 AM
Dh 22 ke budak ni?rasanya baru baca itu hari 17tahun
Orix replied at 5-10-2021 02:08 PM
geli plak tgok gmbar elelew tersengih cmtu
apedehal replied at 5-10-2021 04:07 PM
Xsangka rapat camni hubungan deyol..baik bermadu je dlu tayah mnx cerai bakyah oi..rugi taw..hihihi
Kurex replied at 5-10-2021 01:25 PM
Dapnyehhhhhh
ADVERTISEMENT