CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lukis Kartun PM- Kartunis Fahmi Redza Ditahan Polis Lagi

5-10-2021 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5614| Komen: 23

 Pereka grafik dan kartunis kontroversi, Fahmi Reza atau nama sebenarnya Mohd. Fahmi Reza Mohd. Zarin ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu lukisan karikatur perdana menteri yang kini tular di laman media sosial.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut yang dibuat selepas kartunis berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Saya sahkan kira-kira pukul 4 petang tadi pihak polis telah memanggil Fahmi Redza untuk dirakamkan percakapan berkaitan isu lukisan karikaturnya yang tular baru-baru ini.

“Beliau telah datang bersama peguam dan telah ditahan untuk siasatan lanjut namun telah diberi jamin polis setelah keterangan dirakam,” katanya.


Foto: Twitter


Menurut Ashari, pihak polis telah menerima satu laporan berhubung penularan karikatur tersebut dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, Mohd. Fahmi menerusi satu ciapan di laman Twitter telah memaklumkan tentang penahanannya itu susulan penularan lukisan karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Aku kena tangkap polis selepas disoal siasat untuk kes poster satira #KeluargaMalaysia dengan lukisan karikatur PM Ismail Sabri. Ditahan di IPD Wangsa Maju.

“Selepas ditahan sejak pukul 4 tadi, polis rampas telefon aku, ambil cap jari dan ambil gambar aku macam penjenayah. Mereka nak ambil DNA tapi aku tak bagi. Kemudian polis buat keputusan untuk bebaskan aku dengan jaminan polis. Tak perlu tidur lokap malam ni!,” ciapnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 5-10-2021 09:15 AM
Gambo ape yg dia lukis
Tepek r sini
Quote trexxxxxi 5-10-2021 09:28 AM
Edited by trexxxxxi at 5-10-2021 10:29 AM

Ada gambar yang dilukisnya tak?
Tak boleh nak buat penilaian menyeluruh atau kecaman ni

(Edited: Cettt tered reput cari mro kaa patutlah asal boleh )
Quote FOTHER-MUCKER 5-10-2021 09:40 AM
Lukis gambar karrrrtun pun tak boleh ke?

Perdana menteri,  presiden, raja, permaisuri negara lain tu ok sahaja aka seperti keluarga diraja Britain semua ada gambar kartun siap dijual kepada pelancong dan biasa sahaja tunjuk dalam tv gambar kartun dia oran.

Rasuah sana sini boleh, lukis gambar katun tak bokeh. Nskjaga maruah konon?

Saya tidak maksudksn pm sekarang kerana saya belum tau dia siapa.
Quote supernaturalee 5-10-2021 09:45 AM
mcmn ghoper nyer
cer bg keme tengok same


Quote trexxxxxi 5-10-2021 09:49 AM
Adakah yang ini?

[attach]594742[/attach]
Quote KamikuP 5-10-2021 09:59 AM
Art si Fhmi ni cantik bagi aku. Tapi tu le apa yg dia tak puas hati sgt tu tatau ler
Quote AznieBunnie 5-10-2021 10:29 AM

oh.. yg kartun dia buka gari kat 3 org nama ala-ala bekas mentari satu party depa tu ek?
ada tgk kat FB.
ada betul nya pun kartun tu.

goyang lettew...
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 03:58 PM
Ppppffttttt
Motipppp pokcik2 goyang hanya disebabkan kartun?
Kalau camtu memang berkhemah lerrr si pahmi ni depan balai
Quote MontanaHannah 5-10-2021 09:53 PM


sebak dada Dafi baca semua ni

-Dafi anak Bapak
Quote Cumikucingku 5-10-2021 10:01 PM
Mcm dejavu baca cite pasal dia ni...
Quote pyropura 6-10-2021 01:09 AM
Gitulah jadinya bila Umno memerintah sebab dia geng baik dgn. Parti komunis tanah besar kan?
Quote ais_kosong 6-10-2021 09:21 AM
aku kalau pejabat guna perkataan kita 1 family.
aku mula la nak meh.. family apo.. yang kerja mati orang bawah.
kalau salah orang bawah juga kena tibai.

menipu ja 1 family ni.
Quote Simunggu 6-10-2021 02:41 PM
Edited by Simunggu at 6-10-2021 02:43 PM

dia lukis PM guna jari middle finger..perasan tak?

layak layak kena tangkap..tak senonoh betul..
Quote keane.somewhere 6-10-2021 04:49 PM
trexxxxxi replied at 5-10-2021 09:49 AM
Adakah yang ini?

Susah nak buktikan middle finger sebab 4 jari je
Quote Nenasketum 6-10-2021 05:36 PM
Malas nak layan punk purba nih. Asik2 nak attention, suh la Bang Non tunjukkan kaseh sayang ikut pintu belakang
Quote trexxxxxi 6-10-2021 06:24 PM
Simunggu replied at 6-10-2021 03:41 PM
dia lukis PM guna jari middle finger..perasan tak?

layak layak kena tangkap..tak senonoh betul. ...

Pehtu dilukisnya pak Mael ittew juling teruk
Quote ChildrenOfBodom 6-10-2021 06:42 PM
ais_kosong replied at 6-10-2021 09:21 AM
aku kalau pejabat guna perkataan kita 1 family.
aku mula la nak meh.. family apo.. yang kerja mati  ...

Setuju..ayat 1 family bullshit tu hanya bila nk beli jiwa, nak perkuli staf..time lain jangan harap laa bangsat2 ni nk berfamily bagai...
Quote dua_chzy 6-10-2021 06:45 PM
trexxxxxi replied at 5-10-2021 09:49 AM
Adakah yang ini?

Hahahaha akak sukaaaa
Quote angelofish 6-10-2021 07:47 PM
terima kasih najib .selama ni dia tak penah tangkap rakyat walaupon kena maki hamun ,lukisan katun macam mana pon relex je.walaupon gambar badut.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061780 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top