Gambar hiasan
GEORGE TOWN - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menggempur 33 premis makanan segera termasuk rangkaian restoran francais antarabangsa terkenal dan mengeluarkan 29 kompaun atas pelbagai kesalahan kebersihan dalam operasi bersepadu di seluruh negeri itu.
Pegawai Kesihatan Kanan Daerah Barat Daya, Dr Mohamed Iqbal Hamzah berkata, ’Ops Fast Food’ itu dijalankan bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang.
Pihak Berkuasa Tempatan itu mendapati ada restoran makan segera, menukar minyak menggoreng dalam tempoh 10 hari dan menggunakan bahan mentah tamat tempoh.
"Paling mengejutkan, bahan mentah seperti roti yang tamat tempoh melebihi tiga hari diletak bersama roti yang masih elok.
"Kemungkinan ia turut dihidangkan kepada pelanggan,” katanya di sini.
Sebanyak enam premis diperiksa di Seberang Perai Utara, lapan di Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan (lima), Timur Laut (enam) dan Barat Daya (lapan).
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|