CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Bunuh Diri Lepas Suami Mengaku Gay

1-10-2021 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7340| Komen: 51

Beijing– Seorang wanita nekad membunuh diri selepas mengetahui bahawa suami yang dikahwininya adalah seorang homoseksual atau gay, lapor portal Oriental Daily, baru-baru ini.


Mangsa berusia 31 tahun yang juga seorang doktor dilaporkan terjun dari bangunan tempat tinggalnya sehari selepas diceraikan oleh suaminya.

Menurut siasatan polis, hubungan suami isteri ini mula bermasalah apabila suami mangsa enggan tidur sekatil selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Foto: Oriental Daily

Lelaki itu juga enggan memberi sebarang alasan atas tindakannya hingga menyebabkan mangsa terpaksa meminta pendapat daripada netizen media sosial.

Kebanyakan netizen berpendapat bahawa suami mangsa sebenarnya seorang gay lalu wanita itu memberanikan diri berdepan dengan lelaki tersebut.


Suami mangsa pada mulanya mengaku dirinya biseksual iaitu bernafsu kepada lelaki dan wanita.

Namun begitu, penipuan kali keduanya terbongkar apabila mangsa menemui pesanan ringkas di telefon bimbit yang memaparkan perbualan dengan kekasih suaminya yang merupakan seorang lelaki.

Selepas lelaki itu mengaku dirinya sebenarnya gay, mangsa diceraikan sebelum wanita itu mengambil keputusan membunuh diri.

Ibu bapa mangsa memaklumkan ingin mengambil tindakan ke atas suaminya yang dianggap punca kematian anak tunggal mereka. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cece1234 1-10-2021 09:32 AM
Cantik bini dia..
Quote mejaputih 1-10-2021 09:35 AM
sayangnya bunuh diri...doktor pulak tu...sedih ibu bapa dia penat2 anto anak belajar tinggi2.... she's beautiful, boleh carik pasangan lain...speechless..
Quote Thunderclouds 1-10-2021 10:00 AM
Why cik kak?? Kumbang bukan sekoq. Hg muda,lawa and a professional. What a waste
Quote becir 1-10-2021 10:05 AM
Thunderclouds replied at 1-10-2021 10:00 AM
Why cik kak?? Kumbang bukan sekoq. Hg muda,lawa and a professional. What a waste

Selalu pempuan ada marriage problem at one point takleh think straight, walaupun laki yg hauk tetap nak salahkan diri sendiri apa yg kurang kat diri dia sampai laki buat perangai cari lain..
Quote Friska 1-10-2021 10:12 AM
Selepas lelaki itu mengaku dirinya sebenarnya gay, mangsa diceraikan sebelum wanita itu mengambil keputusan membunuh diri.
Stress berat dia karena sudah jadi kategori "Sheng nu" (chinese leftover women).

Sheng nu - Wikipedia
Quote FOTHER-MUCKER 1-10-2021 10:15 AM
Rugilah bunuh diri Kierana suami.

Quote Firenzza 1-10-2021 10:16 AM
OT sket, jantan yg lembut2 mcm sesetengah chef ka selebriti tu kategori gay juga kah? Tp tgok diorg kawin dgn pompuan ada anak jugak.....pernah la nmpk kt area tmn jantan2 jenis ni sllu cari geng sepesen diorg sanggup tinggal anak bini minum kopi kedai mamak tiap2 mlm....tanya jerrr
Quote ellejo 1-10-2021 10:41 AM
x perlu sampai bunuh diri tapi mmg bukan mudah ye. terutama berkaitan bilik tido. i pun byk menangis. lama2 jadi numb.

pastu kalo ternampak nama lelaki pop up kat notifications whatsapp i jadi insecure xtentu hala.

padahal xde apa pun bila i bukak whatsapp.  ajak lepak, ajak konvoi. emoji babi.
Quote sarah82 1-10-2021 11:09 AM
Aku layan reddit tadi.. Kisah isteri curang dgn kwn baik anak sendiri.. Dan bunuh diri sebab terkantoi dan terpaksa terus terang dgn anak.

Fyi.. Dia bukan saja curang.. Tapi juga pedo sebab masa depa mula hbgn sulit kwn anak dia umur 16 tahun dan dia umur 40+
Quote edayildiz 1-10-2021 11:23 AM
alah sygnya..
knp la gay ni suka sgt gini..dh gay tu gay la xyah nk cari perempuan utk coverina..
tp laki lembut xsemestinya gay..pernah baca kt confession laki dia lembut mcm perempuan..
Quote pjade 1-10-2021 11:27 AM
Haiyaaaaa doc... rugi la bunuh diri...
Quote nakkomenjugak 1-10-2021 11:58 AM
Haiyaaaaaa
Donya ni banyak leluhur u lorrrr
Sini, singapore pun ada maaaa
Angkat jaaa mana u mauuu
For what bunuh diriiiii
U cantik looorrrrrr, kerja bagussss
Bukan macam waaaa
Haishhh leng luuuiii
RIP
Quote sukacactus 1-10-2021 12:52 PM
Rasa dikhianati, xmampu nak ubah orientasi seks suami, itu yg buat dia bunuh diri rasanya
Laki tu yg bermasalah, why blame yourself ah soo?
Quote Dwdrum 1-10-2021 01:16 PM
sukacactus replied at 30-9-2021 08:52 PM
Rasa dikhianati, xmampu nak ubah orientasi seks suami, itu yg buat dia bunuh diri rasanya
Laki tu y ...

Dia sayang sangat husband sehingga tidak boleh fikir secara positive... Lain orang cara depa manage stress/pressure/heart broken berbeza dan cara ber fikir juga lain.. .. Reason why some boleh dapat anxiety... Mental health problen... some masih boleh maintain problem letak di kaki...
Quote CARI-MRO 1-10-2021 02:57 PM
Beijing– Seorang wanita nekad membunuh diri selepas mengetahui bahawa suami yang dikahwininya adalah seorang homoseksual atau gay, lapor portal Oriental Daily, baru-baru ini.


Mangsa berusia 31 tahun yang juga seorang doktor dilaporkan terjun dari bangunan tempat tinggalnya sehari selepas diceraikan oleh suaminya.


Menurut siasatan polis, hubungan suami isteri ini mula bermasalah apabila suami mangsa enggan tidur sekatil selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.


Foto: Oriental Daily




Lelaki itu juga enggan memberi sebarang alasan atas tindakannya hingga menyebabkan mangsa terpaksa meminta pendapat daripada netizen media sosial.


Kebanyakan netizen berpendapat bahawa suami mangsa sebenarnya seorang gay lalu wanita itu memberanikan diri berdepan dengan lelaki tersebut.


Suami mangsa pada mulanya mengaku dirinya biseksual iaitu bernafsu kepada lelaki dan wanita.


Namun begitu, penipuan kali keduanya terbongkar apabila mangsa menemui pesanan ringkas di telefon bimbit yang memaparkan perbualan dengan kekasih suaminya yang merupakan seorang lelaki.


Selepas lelaki itu mengaku dirinya sebenarnya gay, mangsa diceraikan sebelum wanita itu mengambil keputusan membunuh diri.


Ibu bapa mangsa memaklumkan ingin mengambil tindakan ke atas suaminya yang dianggap punca kematian anak tunggal mereka. -CARI


Sumber: Kosmo
Quote KamikuP 1-10-2021 03:19 PM
Tul lah tu. Jauhi LGBTQ ya
Quote pooh~key 1-10-2021 03:33 PM
ellejo: x perlu sampai bunuh diri tapi mmg bukan mudah ye. terutama berkaitan bilik tido. i pun byk menangis. lama2 jadi numb. pastu kalo ternampak nama lelak ...


Maaf kalau akak tersilap orang sis. Tapi kau ke yang pernah bukak thread kat bod masalah peribody pasal sebelum kawen pun kau dah tau si dia gay ke macam tu ke sis?
Quote imanjannah 1-10-2021 03:36 PM
sian pmpuan ni, lakinya syok la teruskan hidup ngan pakwenya tu
Quote gideoncross 1-10-2021 03:38 PM
Coverina proparina, last2 ank prmpuan org lain jdi mngsa. Lain kli jgn khwin dgn prmpuan klau btul2 gayah, mnyusahkn dn mnyakitkn hti pihak lain je.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.169415 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top