CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Merajuk Dimarahi Ibu

29-11-2013 03:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7234| Komen: 86

Remaja Merajuk Dimarahi Ibu


Muhamad Amirul menghilangkan diri selepas dipercayai merajuk dengan ibunya:-

BUKIT MERTAJAM – Seorang remaja lelaki yang dipercayai merajuk dengan ibunya dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Janggus, Permatang Pauh, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Baharom Abu berkata, Muhamad Amirul Wagiman, 13, meninggalkan rumahnya pada Isnin lalu kira-kira jam 6 petang dan tidak pulang.

Menurutnya, ibunya yang membuat laporan polis memaklumkan anaknya yang memakai t-shirt warna merah dan seluar track warna hitam keluar dari rumah kira-kira jam 6 petang.
“Remaja itu dipercayai keluar rumah berikutan merajuk selepas wanita berkenaan (ibu) memarahinya kerana bergaduh dengan anak saudaranya (lelaki).

“Dipercayai remaja terbabit hanya sehelai sepinggang dan berjalan kaki keluar dan tidak pulang sehingga lewat malam,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya percaya remaja terbabit masih berada di sekitar kawasan di negeri ini dan bantuan orang ramai diperlukan untuk mengesannya.
“Keluarganya mencari di rumah saudara mara mereka dan rakan remaja itu tetapi tiada.

“Orang ramai yang mengenalinya atau mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mustafa Alaidin di talian 017-5474582 atau Hotline Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah SPT 04-5306402 atau SMS ke Rakan Cop 32728,


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lovechaser 29-11-2013 11:52 AM
Ishhh budak2 sekarang, marah sikit nak lari... Mengada2lah betul diorang ni sekarang ni...
Quote arasham 29-11-2013 11:54 AM
lovechaser posted on 29-11-2013 11:52 AM
Ishhh budak2 sekarang, marah sikit nak lari... Mengada2lah betul diorang ni sekarang ni...

menyusahkan orang je...

Quote solstice 29-11-2013 12:09 PM
Bole tahan manja budak ni
Kerr mak dia marah teruk sangat?
Quote lovechaser 29-11-2013 12:11 PM
solstice posted on 29-11-2013 12:09 PM
Bole tahan manja budak ni
Kerr mak dia marah teruk sangat?

Tapi i pernah merajuk lari bawak beg kosong sbb merajuk dgn anak2... very the drama queen... turun bawah anak menangis sumpah xnak nakal lagi... hehehe alhamdulillah, anak2 mendengar kata sehingga sekarang ni... Uoll jgn lak buat okay.. ini hanya cerita kelakar masa anak2 kecik2 aje...
Quote biggirlduncry 29-11-2013 12:14 PM
lovechaser posted on 29-11-2013 12:11 PM
Tapi i pernah merajuk lari bawak beg kosong sbb merajuk dgn anak2... very the drama queen... turun ...

hik hik hik... drama sungguh...
mujur tak gi batu belah
Quote epysha 29-11-2013 12:42 PM
biorkan aje...kalau sesak2 nanti pandai le carik mak..
Quote prettyuglybabe 29-11-2013 12:54 PM
dah lapar takde duit nanti, balik la tu
Quote haryatie 29-11-2013 12:57 PM
mengada-ngada..
sikit2 merajuk lari....
ingat senang sgt ker duk kat luar tu...
da rasa perit kat luar ..balik ler tu..
Quote itik_kuning 29-11-2013 01:21 PM
pasni menyesal la tu lari

budak2 sekarang makin lama makin pelik

zaman aku dulu tak terpikir nak lari dari rumah

nanti lapar la, belengas la tak mandi
Quote midori_katana 29-11-2013 01:48 PM
Aku dulu2 pun selalu rasa nak lari dr rumah... tapi selalu ingat kata2 cikgu aku; org yg lari dati rumah tu sebenaqnya mmg padan dgn muka dia sendiri sedangkan tujuan asalnya ialah nak bagi mak ayah yg padan muka... he3
Quote rokiah_sisip 29-11-2013 01:50 PM
bahaya btl la budak ni... kat luar tu mcm2 jenis orang ada.. kene culik baru tau..
harap dia balik la... kesian kt mapak.. huhuuuu
Quote Kassim_Patalon 29-11-2013 01:52 PM
mengada-ngada persis pondan lorong
Quote d-7-0ne 29-11-2013 01:55 PM
amirul wagiman.........jawa tolen ni......
Quote rosasa 29-11-2013 02:01 PM
kejap lagi balik la tu... biasala budak mcm tu...tgk muka pun nmpk sgt bodohnya
Quote uniq61 29-11-2013 03:49 PM
NI TENTU PASAL CUTI SEKOLAH KOT???
Quote uniq61 29-11-2013 03:51 PM
Remaja keluar rumah kerana merajuk ditemui selamat
Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
PERMATANG PAUH 28 Nov. - Seorang remaja lelaki, Muhamad Amirul Wagiman, 13, yang keluar daripada rumahnya sejak Isnin lalu, gara-gara merajuk kerana dimarahi ibunya ditemui selamat, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Taman Janggus dekat sini tengah malam tadi.
Ibunya, Wan Mas Megat Jaafar berkata, anaknya itu ditemui dalam keadaan lemah di Masjid Permatang Janggus, pukul 12 tengah malam setelah berjalan kaki lebih 20 kilometer ke Bandar Perda dan tidur di merata tempat termasuk di taman permainan. - UTUSAN ONLINE




Quote shysari 29-11-2013 03:51 PM
Bila dia dah jumpa nanti harap mak nya pulak lari merajuk biar dia tau mcm mana perasaannya.. Apalah budak ni
Quote amyainsamad 29-11-2013 03:55 PM
bahaya..bahaya
Quote budakmanentah 29-11-2013 03:57 PM
mengada2 sgt budak ni...xleh kne tegur nak jadi ape? sagat muka kat jln tar baru ade akai

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.051327 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top